awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP harus pertimbang putus hubungan dengan PKR jika Anwar enggan mohon maaf - DAPSY

Astro Awani
Astro Awani
27/11/2020
16:30 MYT
DAP harus pertimbang putus hubungan dengan PKR jika Anwar enggan mohon maaf - DAPSY
Menurut Setiausaha Kebangsaan DAPSY Eric Teh Hioong Keat, Presiden PKR itu perlu memohon maaf atas kesilapannya itu atau DAP harus memutuskan hubungan dengan parti tersebut. - Gambar Facebook/Eric Teh
KUALA LUMPUR:Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) tampil memberikan kata dua kepada Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memohon maaf mengenai tindakannya meminta Ketua Whip parti pembangkang agar tidak menyokong usul undi belah bahagi Belanjawan 2021.
Menurut Setiausaha Kebangsaan DAPSY Eric Teh Hioong Keat, Presiden PKR itu perlu memohon maaf atas kesilapannya itu atau DAP harus memutuskan hubungan dengan parti tersebut.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meminta maaf secara terbuka kepada rakyat serta rakan sekutuya atas kesilapannya, jika tidak, DAP harus berpisah dengan PKR, membubarkan Pakatan Harapan (PH) dan menyusun semula barisan pembangkang di Malaysia," tegas Setiausaha Kebangsaan DAPSY Eric Teh Hioong Keat dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Eric yang menyifatkan insiden berkenaan sebagai saat yang paling memalukan dalam sejarah DAP dan bertegas bahawa kata-kata yang diwar-warkan Pakatan Harapan tidak konsisten dengan perbuatan mereka.
"Pihak pembangkang bukan sahaja tidak dapat menghantar 15 Ahli Parlimen untuk mencapai syarat minimum undi belah bahagi, malah terus memberi laluan kepada kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melepasi halangan dengan mudah. Hal ini mengecewakan penyokong Pakatan Harapan."
Eric juga menyifatkan penjelasan yang diberikan ahli parlimen pembangkang bahawa mereka hanya akan menyokong usul undi belah-bahagi di peringkat jawatankuasa serta bacaan ketiga sebagai tidak bertanggungjawab.
Bagi Eric, Anwar bukan sahaja gagal mengembalikan semangat PH dalam Parlimen, malah menghancurkan kredibiliti parti bekas pemerintah itu.
"Sekiranya DSAI masih menegaskan bahawa penilaiannya adalah betul dan tepat, maka pemimpin pusat DAP harus berpisah dengan PKR, tidak lagi bersekutu dengan PKR,
"Biarlah Pakatan Harapan dibubarkan dan menjalinkan hubungan kerjasama yang paling minimum dengan parti-parti pembangkang yang lain," tegas Eric.
Topic Berkaitan
#DAPSY
#DAP
#Eric Teh Hioong Keat
#Anwar Ibrahim
#Pakatan Harapan
#PKR
#undi belah bahagi
#Belanjawan 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan