DAP pecat Norhizam Hassan Baktee

Astro Awani
Mac 10, 2020 11:53 MYT
Norhizam Hassan Baktee dipecat selepas membuat keputusan menyokong gabungan politik baharu di Melaka. - Gambar fail
Lembaga Disiplin DAP memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee.
Pemecatan itu dibuat selepas Norhizam membuat keputusan menyokong gabungan politik baharu di negeri itu.
Dalam masa sama, dua lagi ADUN dari Perak iaitu ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam juga digugurkan keahlian mereka selepas secara terbuka mengumumkan meninggalkan parti berkenaan.
Menerusi kenyataan yang diedarkan, Lembaga Disiplin DAP menggesa kesemua ahli parti berkenaan untuk menjarakkan diri dengan ketiga-tiga pemimpin berkenaan.
Lembaga berkenaan juga akan mengambil tindakan terhadap mana-mana ahlinya yang mengkhianti mandat yang telah diberikan oleh rakyat.
BACA: "Saya jadi barua selama 22 bulan" - ADUN Pengkalan Batu
BACA: "Memang ada rancangan jatuhkan MB Perak" - Bekas ADUN DAP
#A Sivasubramaniam #ADUN Buntong #ADUN Pengkalan Batu #ADUN Tronoh #DAP #dipecat #Melaka #Norhizam Hassan Baktee #Paul Yong Choo Kiong