awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP tidak berhasrat untuk mengurangkan kakitangan awam atas dasar kaum - Aziz Bari

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/02/2023
21:00 MYT
DAP tidak berhasrat untuk mengurangkan kakitangan awam atas dasar kaum - Aziz Bari
Naib Pengerusi DAP Perak, Abdul Aziz Bari berkata, DAP khasnya dan PH amnya, komited serta akur dengan ketetapan dan perlindungan bagi kakitangan awam sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. - Foto fail/Astro AWANI
IPOH: DAP menegaskan bahawa parti tidak ada hasrat atau dasar untuk mengurangkan kakitangan awam, apalagi di atas asas dan perkiraan kaum.
Naib Pengerusi DAP Perak, Abdul Aziz Bari berkata, DAP khasnya dan Pakatan Harapan (PH) amnya, komited serta akur dengan ketetapan dan perlindungan bagi kakitangan awam sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu, katanya, DAP dan PH komited serta akur dengan prinsip kedaulatan undang-undang iaitu tidak ada siapa yang dianiaya dan dinafikan hak mereka yang sah di sisi undang-undang.
“Mengenai komposisi kaum DAP percaya prinsip sama rata yang menjadi tonggak perlembagaan negara sudah cukup kuat untuk mempastikan perkhidmatan awam mewakili semua kaum di negara ini.
“Begitu juga jaminan tiada diskriminasi di kalangan anggota perkhidmatan awam.
“Tidak kurang penting ialah komitmen DAP terhadap kedudukan dan peranan perkhidmatan awam yang perlu neutral dan profesional, ini mesti dipertahankan,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi berkata, itu sudah cukup untuk menjamin bahawa PH tidak akan mempolitikkan perkhidmatan awam walaupun atas nama mengurangkan dominasi kaum tertentu.
Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melihat gesaan agar beliau memecahkan monopoli Melayu dalam perkhidmatan awam sebagai pandangan peribadi semata-mata.
Perdana Menteri menjelaskan gesaan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy itu bukan kenyataan mewakili DAP atau PH.
Terdahulu, media melaporkan Ramasamy meminta Anwar mereformasi perkhidmatan awam atas alasan sektor itu kini didominasi oleh orang Melayu.
Beliau juga berkata Anwar menyedari keperluan untuk memecahkan monopoli orang Melayu terhadap perkhidmatan awam, dan tidak bersetuju dengan alasan bahawa orang bukan Melayu menjauhkan diri daripada perkhidmatan awam kerana kekurangan prospek kenaikan pangkat.
Topic Berkaitan
#DAP
#kakitangan awam
#monopoli Melayu
#abdul aziz bari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan