awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramasamy gesa Anwar pecahkan dominasi Melayu dalam sektor awam

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2023
10:20 MYT
Ramasamy gesa Anwar pecahkan dominasi Melayu dalam sektor awam
Ramasamy berkata, hujah lama yang memihak kepada penguasaan Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi Cina tidak lagi terpakai. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwanya didominasi oleh orang Melayu dan dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy berkata, hujah lama yang memihak kepada penguasaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi bangsa Cina, tidak lagi terpakai.
Ini kerana, dakwanya, hujah berkenaan digunakan Tun Mahathir untuk menginstitusikan hegemoni Melayu dalam sektor awam, khususnya perkhidmatan awam.
Beliau turut mendakwa terdapat juga diskriminasi kaum secara rahsia apabila ia berkaitan dengan prospek kenaikan pangkat untuk bukan Melayu dalam sektor awam.
Ramasamy mendakwa terdapat dasar "mengimbangi" penguasaan ekonomi bangsa Cina dengan membawa masuk pelabur asing, serta melalui pertumbuhan syarikat berkaitan kerajaan.
“Memandangkan kepelbagaian ekonomi dari segi pemilikan dan kawalan, adalah tidak masuk akal untuk memastikan perkhidmatan awam kekal sepenuhnya di tangan orang Melayu.
“Dasar perkauman sebegini tidak boleh dipertahankan lagi, bukan ketika Kerajaan Perpaduan berkuasa,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.
Dakwa Ramasamy lagi, Anwar menyedari keperluan untuk memecahkan monopoli orang Melayu terhadap perkhidmatan awam.
Beliau juga tidak bersetuju dengan alasan orang bukan Melayu menjauhkan diri daripada perkhidmatan awam adalah berpunca dari kekurangan prospek kenaikan pangkat.
Oleh itu, katanya, Kerajaan hari ini perlu membatalkan dasar yang diperkenalkan Dr Mahathir itu.
“Secara ideologi, tidak ada 'cinta' yang hilang antara Anwar dan Mahathir, tetapi yang pasti Anwar tidak boleh lupa bahawa melemahkan keganasan Mahathirisme bermula dengan mereformasi perkhidmatan awam.
"Agenda reformis di bawah Kerajaan Perpaduan mungkin tenggelam, tetapi dengan Pakatan Harapan sebagai sauh, tidak ada lari daripada apa yang dijanjikan kepada rakyat," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#P Ramasamy
#Melayu
#perkhidmatan awam
#Dr Mahathir
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan