KUALA LUMPUR: Agenda mengenai Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu yang menjadi teras utama perjuangan UMNO tidak pernah diusik DAP dan Pakatan Harapan dalam menjayakan kerjasama yang dibentuk sekarang, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Penegasan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri itu sekali gus menolak kritikan yang dilempar pihak tertentu terutama pembangkang, berhubung kerjasama di antara UMNO dengan DAP.
Beliau menegaskan, sebelum ini Pas juga pernah bersama dengan DAP, justeru tiada sebab kenapa UMNO juga tidak boleh berbuat demikian.
"Malah, mereka menghormati itu perjuangan UMNO kerana terdapat dalam Perlembagaan UMNO bahawa keempat-empat unsur ini wajib dipertahankan dan mereka bersetuju.
"Saya tidak nampak ada permasalahan kononnya kita terpaksa menggadai maruah dan sebagainya, sebab Pas (pernah) bersama dengan DAP dah lama.
"Kenapa Pas boleh, (tapi) bila kita (UMNO) buat kononnya kita ini menggadai Islam dan Melayu?" katanya selepas menghadiri sesi Taklimat Presiden yang diadakan secara tertutup sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 petang ini.
Ahmad Zahid mendakwa, Pas sebelum itu telah melakukan kerjasama politik beberapa kali dengan pelbagai parti, termasuk DAP.
Menjelas mengenai taklimat yang diadakan, Ahmad Zahid berkata, semua perwakilan UMNO yang hadir diingatkan mengenai beberapa aspek, terutamanya realiti baharu politik tanah air ketika ini.
Katanya, walaupun UMNO menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, parti itu tidak dominan dan itu hakikat yang harus diakui.
"Enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang menuntut kerja kuat kita dan harus membuktikan mana-mana kerusi yang dimuktamadkan untuk diberikan kepada Barisan Nasional (BN), hendaklah kita menang, tidak ada makna kalau kita merasa kuat tapi sebenarnya keberhasilannya kurang," katanya
Beliau berkata, ahli UMNO harus sedar pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, undi yang diterima parti itu cuma berada sekitar 23 peratus
"Kerusi yang kita peroleh cuma sekitar 11 peratus sahaja. Dua kali kita kecundang, dalam PRU14 dan PRU15.
"Kita harus bangkit untuk bangkit. Kita harus perbetulkan kelemahan-kelemahan kita," katanya.
Ahmad Zahid berkata, masalah yang dihadapi UMNO ketika mendepani kedua-dua PRU itu kerana mereka melayani titik-titik perbezaan.
"Kali ini kita mesti mencari titik persamaan dan kita harus bergerak ke hadapan. Dalam BN, kita ada MCA dan MIC, dalam PH ada DAP, di situ yang kita harus lihat ialah bagaimana kebersamaan di antara BN dengan PH," katanya lagi.
Astro Awani
Wed Jun 07 2023

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika hadir pada Taklimat Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Dewan Merdeka, WTCKL hari ini. - Foto BERNAMA

Polis tahan pengutip sampah serang pemandu lori dengan parang
Polis menahan seorang lelaki di Taman Setapak Jaya yang disyaki menyerang seorang pemandu lori dengan menggunakan objek tajam di Pandan Perdana dua hari lepas.
AWANI 7:45 [28/09/2023] - Qabil rangkul emas | Yakin tiada kenaikan harga barang | Jamin beras putih cukup | Laksanakan pelan komprehensif
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia cipta sejarah, raih emas pertama ekuestrian di Sukan Asia
2. Banjir di Kedah memburuk
3. Paynet perjelas, caj transaksi duitnow QR hanya untuk RM5 ribu ke atas
4. Isu Beras, Bernas beri jaminan bekalan beras putih cukup
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia cipta sejarah, raih emas pertama ekuestrian di Sukan Asia
2. Banjir di Kedah memburuk
3. Paynet perjelas, caj transaksi duitnow QR hanya untuk RM5 ribu ke atas
4. Isu Beras, Bernas beri jaminan bekalan beras putih cukup
#AWANInews

PM Thailand derma gaji, elaun kepada badan kebajikan
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan menyumbang gaji dan elaun bulanan sepanjang menerajui perntadbiran negara kepada pelbagai badan amal dan yayasan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Sindiket seludup makan sejuk beku lebih RM2 juta tumpas di Sandakan
WCB/PSK JKDNKA PDRM, PGA Sabah dan JPVS, menumpaskan sindiket penyeludupan barangan makanan sejuk beku dari loji yang tidak diiktiraf, yang dianggarkan bernilai RM2,722,604 di sini malam tadi.
China lancar kereta api berkelajuan tinggi merentas laut pertama
China melancarkan landasan kereta api berkelajuan tinggi pertamanya yang akan merentasi beberapa teluk serta menyusuri sepanjang pantai wilayah tenggara Fujian berhampiran Selat Taiwan, lapor media kerajaan hari ini.
Malaysia cipta sejarah rangkul emas acara ekuestrian
Malaysia cipta sejarah apabila rangkul emas kali pertama bagi acara ekuestrian.
Terus bersama Wartawan Astro ARENA, Zulhelmi Zainal Azam.
Terus bersama Wartawan Astro ARENA, Zulhelmi Zainal Azam.
Skuad skuasy wanita bertemu Korea Selatan di separuh akhir
Pasukan skuasy wanita negara, yang menamatkan saingan peringkat kumpulan tanpa kalah, akan berdepan Korea Selatan dalam separuh akhir acara berpasukan esok.

Hampir lapan tahun dayung bot, wanita Orang Asli terharu dikurnia enjin bot oleh Sultan Johor
Sultan Johor sentiasa mengurniakan pelbagai bantuan kepada masyarakat Orang Asli dalam meringankan beban mereka.

Malaysia kutuk pencerobohan ekstremis Israel di Masjid Al-Aqsa
Satu lagi tindakan rejim Israel yang bertujuan mencabar status quo undang-undang dan politik Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif.

Maghribi dipilih sebulat suara tuan rumah AFCON 2025
Maghribi dipilih sebulat suara sebagai tuan rumah edisi ke-35 Piala Negara-Negara Afrika (AFCON 2025), pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).

Banjir: TPM Ahmad Zahid arah semua agensi bersiap siaga
Ahmad Zahid mengarahkan agensi berkaitan untuk terus berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi, susulan banjir yang melanda di beberapa negeri.

PRK Pelangai: Pemuda UMNO nafi protes calon BN
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan berlaku protes terhadap pemilihan Datuk Amizar Abu Adam sebagai calon BN bagi PRK Pelangai.

Jambatan Al-Sultan Abdullah diharap memangkin ekonomi masyarakat - Ahmad Zahid
Jambatan Guai di Kampung Seberang Guai di Bera, diharap dapat memangkin ekonomi masyarakat tempatan.

PRK DUN Pelangai: Jangan terlalu yakin, pihak lawan telah bermukim - Zahid
Ahmad Zahid berkata, rekod di atas kertas menunjukkan BN, dengan kerjasama Pakatan Harapan (PH), dijangka mampu menang selesa.

Penguatkuasaan bersepadu Op Jamin, pulihkan bekalan beras - Ahmad Zahid
Penguatkuasaan bersepadu Op Jamin akan diteruskan agar kekurangan bekalan beras negara dapat diatasi segera dan dipulihkan.

Parlimen: DNAA kes Zahid keputusan Peguam Negara, saya tidak campur tangan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibuat oleh Peguam Negara atas 11 alasan yang dikemukakan.

Semakan semula Akta Orang Asli 1954 sedang giat dilaksanakan - Zahid
Pelan itu dirangka dalam usaha meningkatkan kualiti hidup melalui penyediaan infrastruktur yang lengkap di seluruh perkampungan Orang Asli.

PM akan jawab isu DNAA di Parlimen esok - Azalina
Azalina berkata, Perdana Menteri akan menjawab persoalan DNAA Ahmad Zahid Hamidi pada jam 2.30 petang di Dewan Rakyat.

Tanah seluas 50,000 hektar untuk projek tanaman padi di Sabah dan Sarawak - TPM Zahid
Kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak telah dikenal pasti untuk pelaksanaan projek penanaman padi.

Peruntukan RM30 juta untuk pembangunan TVET di CENTEXS - Ahmad Zahid
Kerajaan meluluskan peruntukan pembangunan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Komersial.