awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 11 pagi ini
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
Perry Bamonte, ahli The Cure, meninggal dunia pada usia 65 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Darell Leiking sahkan Adun Sebatik keluar Warisan

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
26/02/2021
06:50 MYT
Darell Leiking sahkan Adun Sebatik keluar Warisan
Menurut Darell, pengalaman menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri Sabah kira-kira dua tahun lalu telah mematangkan mereka. - Gambar fail/SHAHIR OMAR
KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Darell Leiking mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir sudah keluar daripada parti itu.
Menerusi status dimuat naik di Facebook beliau pada Khamis, beliau berkata insiden keluar parti itu membuatkannya mengimbau kembali perbincangannya bersama rakan seperjuangan sebelum ini.
“Kami dan beberapa rakan lain telah terpilih untuk berkhidmat selama lima tahun untuk penggal (2013-2018) sebagai wakil pembangkang.
“Kami berhadapan dengan pelbagai cabaran namun kami tidak pernah goyah untuk beralih kepada kerajaan memerintah meskipun serba kekurangan.
“Semua tuntutan, semua sindiran, serangan peribadi dan juga tawaran menarik berbentuk fiskal (tidak dipedulikan),” katanya menerusi status tersebut.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang dan ADUN Moyog berkata, cabaran mendatang akan dihadapi secara efisien.
Darell menambah, pengalaman menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri Sabah kira-kira dua tahun lalu telah mematangkan mereka.
“Dalam tempoh tersebut, kami telah kehilangan rakan atas alasan politik, mereka bukan sahaja bertindak keluar parti malah menghentam kami dalam proses tersebut.
“Kita percaya, ia adalah cara segelintir orang tetapi malangnya ada yang menjadikannya sebagai amalan biasa.
“Bagaimanapun, kita diajar untuk memaafkan dan tidak lupa cara mereka, tujuan mereka meninggalkan tanggungjawab mereka dengan mudah, tidak tahan atau tidak boleh tahan menjadi wakil pembangkang," katanya.
Adun Sebatik dari Warisan pada Khamis mengumumkan keluar parti atas alasan Warisan masih mengutamakan politik berbanding kesejahteraan rakyat.
Katanya beliau kini seorang Adun Bebas yang menyokong Kerajaan Negeri Sabah di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Topic Berkaitan
#Warisan
#Sabah
#keluar parti
#Sebatik
#Darell Leiking
#Muhyiddin Yassin
#Ketua Menteri
#ADUN
#Perdana Menteri
#Parlimen
#politik
#pembangkang
#kerajaan
#rakyat
#menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan