awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan jamin kuota haji dipenuhi, faktor kesihatan punca penangguhan - Zulkifli
PM arah titi gantung runtuh di Kuala Krai segera diganti
Pelabuhan Klang, PTP catat rekod baharu peningkatan jumlah pengendalian kontena pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Darurat boleh halang PRK, PRN dan PRU - Annuar

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
24/10/2020
05:45 MYT
Darurat boleh halang PRK, PRN dan PRU - Annuar
Annuar berkata, tiada undang-undang jelas yang boleh digunakan bagi menghalang proses pilihan raya berkenaan dalam tempoh terdekat ini. - Gambar Astro AWANI / Shahir Omar
KUALA LUMPUR:Hanya undang-undang di bawah pengistiharan darurat sahaja yang terpakai bagi menghalang berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak atau Pilihan Raya Umum, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Annuar berkata, tiada undang-undang jelas yang boleh digunakan bagi menghalang proses pilihan raya berkenaan dalam tempoh terdekat ini.
“PRK Batu Sapi wajib diadakan dalam tempoh 60 hari dari hari kerusi kosong, tetapi rakyat minta PRK ditangguhkan dan pegawai (Suruhanjaya Pilihan Raya) takut untuk ke zon merah.
“Tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tamat beberapa bulan lagi dan PRN wajib diadakan, namun semua orang takut apa yang berlaku di Sabah selepas PRN, menimpa Sarawak. Mereka minta PRN ditangguh dulu.
“Pelbagai pihak mengugut mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui sidang Parlimen bulan depan dan jika itu berlaku maka Perdana Menteri boleh bubarkan Parlimen dan PRU perlu di adakan, tetapi rakyat tidak mahu pilihan raya diadakan kerana takut merebaknya COVID-19.
“Undang-undang mana boleh dipakai untuk menangguh pilihan raya supaya kita dapat pastikan COVID-19 terkawal dan tidak mengancam nyawa rakyat,” katanya di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, Annuar berkata, melalui cadangan itu, ternyata ada pihak yang tidak berpuas hati pada pentadbiran yang semakin diterima rakyat hanya kerana ingin terlepas daripada sesuatu yang akan menyusahkan mereka.
“Boleh saja halangan itu datang daripada orang-orang yang tamakkan kuasa tanpa memikirkan keharmonian atau kesihatan orang lain,” jelas beliau.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Darurat? Ini perkembangan politik negara
BACA: Bersama memerangi wabak COVID-19, bukan bertelagah antara satu sama lain
Topic Berkaitan
#Tan Sri Annuar Musa
#undang-undang
#pilihan raya kecil
#pilihan raya umum
#COVID-19
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#kesihatan
#PRU
#darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan