awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Debat dengan Najib: 'Saya lebih tahu tentang Felda' - Azmin

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
06/03/2022
06:13 MYT
Debat dengan Najib: 'Saya lebih tahu tentang Felda' - Azmin
Azmin ditemui pada Program Santai Bersama Orang Muo sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Parit Keroma, di Muar pada Ahad. - Foto BERNAMA
MUAR: Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan beliau adalah individu yang paling layak berdebat dalam isu Felda dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tegasnya, ini kerana beliau merupakan individu yang bertanggungjawab menyiap dan membentangkan Kertas Putih berhubung kecurangan yang berlaku dalam agensi berkenaan, di Parlimen.
“Kenapa tak mahu dengan saya? Sebab saya yang melakukan audit di atas pengurusan Felda, saya yang dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan Kertas Putih tentang pengurusan Felda dan saya yang membentangkan Kertas Putih ini di dalam Parlimen.
“Dibentang, dibahas oleh semua ahli Parlimen termasuk pembangkang yang merupakan UMNO dan BN ketika itu dan Parlimen telah pun bersetuju dengan syor yang dikemukakan oleh Kertas Putih dan beberapa saranan yang saya kemukakan termasuk pengambilan semula tanah yang dipajak kepada FGV itu diserahkan semula,” katanya.
BACA: Azmin cabar Najib berdebat isu Felda
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Beliau ditemui pada Program Santai Bersama Orang Muo sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Parit Keroma, di Muar pada Ahad.
Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PN semalam mencabar Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, untuk berdebat dalam isu Felda sebelum berlangsungnya hari pengundian PRN Johor, 12 Mac ini.
Katanya, sesi debat itu penting bagi membuktikan kepada pengundi, kepimpinan parti manakah yang bertanggungjawab menyelamatkan Felda.
Najib hari ini bagaimanapun dilaporkan berkata terbuka menyahut cabaran berkenaan dan secara sinis memaklumkan lebih suka berdebat dengan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berbanding Azmin.
Mengulas lanjut Azmin berkata, penglibatannya secara langsung dalam membongkar penyelewangan Felda itu juga menyebabkan beberapa pendakwaan telah dibuat di mahkamah.
Topic Berkaitan
#debat Felda
#Azmin Ali
#Najib Razak
#PRN Johor
#Johor Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan