awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DEIG: 'Lebih 70 syarikat bawah Kerajaan Selangor berisiko' - Sohaimi

Astro Awani
Astro Awani
22/08/2015
14:45 MYT
DEIG: 'Lebih 70 syarikat bawah Kerajaan Selangor berisiko' - Sohaimi
Sohaimi mendakwa, ketiadaan urus tadbir tersusun di dalam DEIG merupakan muslihat Menteri Besar. - Gambar Fail
Lebih 70 anak syarikat di bawah Kerajaan Selangor berhadapan risiko berikutan penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG).
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kerajaan negeri kini perlu memberi penjelasan dan menjawab persoalan rakyat terhadap penubuhan syarikat kontroversi itu.
Beliau mendakwa, ketiadaan urus tadbir tersusun di dalam DEIG merupakan muslihat Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali untuk mengawal kewangan kerajaan negeri.
"Kalau tidak kita bendung, kalau tidak dikawal dan dipantau semua syarikat di bawah Kerajaan Negeri termasuk UNISEL, Yayasan Selangor akan masuk 'parking' di dalam syarikat dua ringgit.
"Ini kroni Azmin Ali, dua orang yang dilantik menjadi pengarah adalah atas kepercayaan menteri besar, kita kena tahu tentang isu ini," katanya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Kelana Jaya, di sini, hari ini.
Pada Selasa lepas, beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor termasuk bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan kebimbangan mereka terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang akan mengambil alih peranan Menteri Besar Incorporated (MBI) dalam menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu.
Bagaimanapun, Azmin menjelaskan DEIG, yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI, ditubuhkan pada Disember lepas untuk memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata.
Sebelum ini, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggesa Kerajaan Selangor memberikan penjelasan secara telus kepada rakyat berhubung penubuhan DEIG.
Tegasnya, langkah itu perlu berikutan rakyat mahukan kebenaran seperti mana yang berlaku dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Darul Ehsan Investment Group
#DEIG
#Hishammuddin Hussein
#Sohaimi Shahadan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan