GUA MUSANG: Jumlah calon yang ramai menawarkan diri untuk bertanding dalam Pemilihan UMNO 2023 kali ini bukti demokrasi semakin menyubur dalam parti itu, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata hal ini kerana mereka (calon) melihat bahawa UMNO ini mempunyai masa hadapan untuk menterjemahkan potensi itu.
"Bila ramai orang berminat untuk bertanding jawatan-jawatan dalam pemilihan kali ini ia jelas membuktikan demokrasi itu semakin subur dalam UMNO.
Berbanding pada tahun 2018 apabila pertama kali UMNO dan BN kalah ketika itu, seolah-olah mereka kurang berminat malah ada pemegang jawatan tidak mahu mempertahankan jawatannya tetapi kini berminat semula untuk memegang jawatan," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Gua Musang hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.
Pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Feb lepas hingga 18 Mac ini, dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pemuda serta Puteri Cawangan ialah dari 1 hingga 26 Feb ini.
Selain itu, Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pemuda dan Exco Puteri UMNO Pusat bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac.
Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai bila keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan diketahui, Ahmad Zahid berkata jawapan rasmi itu dijangka diketahui selewat-lewatnya akhir minggu depan.
RoS sebelum ini memberikan tempoh 60 hari bermula 20 Jan lepas kepada UMNO untuk mengemukakan maklumat yang diperlukan susulan aduan dua ahli parti itu agar semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022.
Aduan berhubung dua jawatan yang tidak dipertandingkan itu dikemukakan oleh ahli UMNO Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom, yang berharap RoS dapat menentukan sekiranya terdapat pertikaian terhadap usul tambahan yang dibawa pada PAU 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023
Jumlah calon yang ramai menawarkan diri untuk bertanding dalam Pemilihan UMNO 2023 kali ini bukti demokrasi semakin menyubur dalam parti itu, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar fail/Astro AWANI
MOM bakal hantar resolusi rayu kerajaan teruskan penganjuran Sukan SEA 2027
MOM akan menghantar resolusi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk merayu agar Malaysia kekal menjadi penganjur Sukan SEA 2027.
AWANI Borneo [29/04/2024] – Perkukuh sektor perhutanan | Calon ADUN Tanjung Batu | Piala Borneo bakal kembali
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar
#AWANIBorneo 29 April 2024
Sarawak perkukuh kerjasama dengan Sweden, sektor perhutanan tumpuan utama
Calon ADUN Tanjung Batu, Bung Moktar kekal dengan pendirian, Andi reda tapi tunggu bubar dulu
Fazzrudin sambut baik usaha tubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo
#AWANInews
#AWANIBorneo 29 April 2024
Sarawak perkukuh kerjasama dengan Sweden, sektor perhutanan tumpuan utama
Calon ADUN Tanjung Batu, Bung Moktar kekal dengan pendirian, Andi reda tapi tunggu bubar dulu
Fazzrudin sambut baik usaha tubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo
#AWANInews
Vokalis Dewa 19, Virzha kahwin wanita Arab
Salah seorang vokalis Dewa 19, Virzha mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun.
Blok Negara Islam Sedang ‘Stress’? Langsung Dialog 4 Menteri Luar
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Menteri Luar Turkiye dan Arab Saudi antara yang tampil duduk sepentas
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
Krisis iklim: Kanak-kanak antara paling terjejas - UNICEF
Apabila bencana alam berlaku, kanak-kanak lebih terdedah dan berpotensi mengalami kesan yang berpanjangan.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara.
Masyarakat Cina bersama meriahkan rumah terbuka UMNO Sandakan
Masyarakat Cina di sekitar Sandakan bwersama memeriahkan dan menikmati juadah di rumah terbuka Aidilfitri anjujran UMNO Sandakan.
Gagasan Bola Sepak Borneo bantu tingfkatkan kualiti pemain Sarawak
Presiden Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman menyambut baik uaha menubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo yang diyakini mampu menggilap kualiti bola sepak di pulau itu.
Terserah Bung Moktar, yang penting khidmat untuk rakyat dulu - Andi
ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy menyerahkan kepada Datuk Seri Bung Moktar untuk memastikan kemenangan UMN O dalan PRN 17 namun pada masa sama berharap perkara mengenai calon dibincang selepas DUN Sabah dibubar.
PRN 17: Pimpinan UMNO Sabah berhak nilai calon terbaik
Ketua Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan pihaknya bertanggungjawab menetukan calon terbaik untuk mewakili parti itu dalam PRN Sabah ke-17.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru 27 Mei ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini
Abdul Halim berkata, lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada Shahrir Samad.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diambil alih UMNO Johor - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata, Setiausaha Badan Perhubungan Datuk Abdul Halim Suleiman akan dipertanggungjawab mengendalikan pemilihan.
Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.
UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.
"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.
Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.
Pemilihan UMNO: Sik sengit, ketua bahagian hanya menang satu undi
Pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026 di negeri Kedah menyaksikan Sik menjadi bahagian paling sengit apabila jawatan Ketua Bahagian dimenangi dengan majoriti satu undi sahaja.