awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Desperado' Tun Mahathir bakal bawa padah dalam PH - Pemuda UMNO Kedah

Astro Awani
Astro Awani
14/07/2017
08:44 MYT
'Desperado' Tun Mahathir bakal bawa padah dalam PH - Pemuda UMNO Kedah
SHAIFUL: Struktur kepimpinan baharu Majlis Presiden PH akan hancur dan rebah kerana kecelaruan yang bakal dibawa oleh Presidennya sendiri. - Gambar fail
Struktur kepimpinan baharu Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan hancur dan rebah kerana kecelaruan yang bakal dibawa oleh Presiden serta ahli keluarganya sendiri.
Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, sifat 'U Turn' Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu besar kesepakatannya bersama Ketua Umum PH juga dilihat antara faktor kemusnahan pakatan itu dalam masa yang singkat.
"Pemuda UMNO Kedah yakin kegagalan Pakatan Harapan yang masih gagal menamakan calon Perdana Menteri realistik membuktikan bahawa masih wujud pra-sangka dan ketidak percayaan politik di antara satu sama lain.
"Umum sedia maklum bahawa kemungkinan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri adalah begitu kecil kerana faktor masih berada di dalam tempoh hukuman dan umur.
BACA: Anwar Ketua Umum, Mahathir Pengerusi, Wan Azizah Presiden Pakatan Harapan
"Kita juga yakin kewujudan 'Perdana Menteri Transit' menunjukkan belum wujud konsensus yang serius diantara komponen PH sendiri, sifat 'desperado' Tun M bawa padah dalam hierarki baru PH," katanya semasa menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Shaiful mengulas pengumuman struktur kepimpinan baharu Majlis Presiden PH pada Khamis yang menamakan Anwar sebagai Ketua Umum, Dr Mahathir sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.
Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, ia dipegang bersama Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.
Dalam pada itu tegas Shaiful, PH seharusnya menunjukkan imej kestabilan dan persefahaman bayangan kerajaan alternatif yang baik kepada rakyat dan pada masa memberi keyakinan kerajaan alternatif tidak akan goyah serta mampu menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan.
"Kita yakin DAP kekal menjadi 'Broker Kuasa' paling berpengaruh di dalam Pakatan Harapan. Persetujuan untuk tetap meletakkan Anwar sebagai Presiden dan pada masa yang sama Dr Mahathir sebagai Pengerusi hanyalah untuk 'membeli' keyakinan politik Melayu bagi PRU yang akan datang.
"Kita yakin sekiranya PH menjadi kerajaan, DAP akan menjadi pembuat keputusan yang paling berpengaruh. Inilah keputusan politik yang paling rapuh dibuat oleh PH.
"Mereka seharusnya mengakui bahawa isu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri Pakatan Pembangkang masih menjadi pertikaian utama," tegasnya.
Katanya lagi, PH juga tidak sama sekali menunjukkan imej sebuah kerajaan yang stabil dan mampu mengemudikan pentadbiran dengan baik.
"Kalau di negara-negara lain, parti pembangkang pada waktu ketika ini sudah ada siapa calon perdana menteri dan calon menteri kabinet bersama portfolio-portfolio tertentu.
"Namun, Pakatan Pembangkang sendiri kini masih di peringkat membincangkan isu pembahagian kerusi yang sama sekali masih belum diselesaikan," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Pakatan Harapan
#Pemuda UMNO
#Shaiful Hazizy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan