KUALA LUMPUR: Sebuah dewan musyawarah yang baharu perlu diadakan dan ia terbukti sangat berhasil ketika sesebuah negara sedang berhadapan krisis.

Pengerusi Ikhlas Capital, Tan Sri Nazir Tun Razak menjelaskan, pengalaman di Malaysia ketika pada tahun 1970-an membuktikan dewan musyawarah sangat berhasil.

Nazir menjelaskan, beliau bersama beberapa individu lain berusaha untuk mewujudkan sebuah dewan musyawarah bagi mengelak krisis terus berlaku.

Ini kerana jelas beliau, selepas Pilihan Raya Umum ke-14, Malaysia ditadbir oleh tiga gabungan yang tidak kukuh dan mampu mewujudkan krisis.

"Pengalaman Malaysia menunjukkan demokrasi delibratif adalah satu cara untuk keluar daripada krisis di mana pada tahun 1970 kita telah mengalami keruntuhan dan kediktatoran yang lengkap.

"Untuk keluar dari keadaan itu, kita menggunakan platform delibratif yang serupa dan sekarang saya fikir idea kita ialah kita harus mencipta platform supaya kita terlibat, kita bekerjasama, kita mencari penyelesaian.

"Kerana kita bimbang, jika ia tidak dilakukan kita mungkin mengalami krisis sekali lagi," katanya sebuah forum secara maya anjuran Universiti Oxford.

Nazir yakin Malaysia akan mampu keluar dari krisis politik yang dihadapinya dan dewan musyawarah yang dicadangkan adalah penyelesaiannya.

Penghujung tahun lalu, Nazir bersama 54 tokoh politik, akademik, ekonomi, kesihatan dan undang-undang mencadangkan kerajaan mewujudkan “Better Malaysia Assembly”, bagi melaksanakan reformasi dalam pentadbiran negara.