awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Tertinggi BN pilih Zambry sebagai Setiausaha Agung baharu

Firdaus Azil
Firdaus Azil
08/06/2021
14:03 MYT
Dewan Tertinggi BN pilih Zambry sebagai Setiausaha Agung baharu
Dewan Tertinggi Barisan Nasional memutuskan untuk memilih Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Setiausaha Agung BN yang baharu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dewan Tertinggi Barisan Nasional malam ini telah memutuskan untuk memilih bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui kenyataan media malam ini, susulan mesyuarat secara maya, yang dihadiri kesemua empat parti komponen - UMNO, MCA, MIC, dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
“Mesyuarat Dewan Tertinggi BN sebulat suara bersetuju melantik YB Datuk Seri Diraja Zambry Abdul Kadir sebagai Setiausaha Agung yang baharu.
“Dewan Tertinggi BN juga sebulat suara bersetuju melantik YAB Datuk Seri Azlan Man (Menteri Besar Perlis) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan BN Perlis yang baharu,” katanya lagi.
Pada 5 Januari lepas, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu media beliau telah dipilih Ahmad Zahid sebagai Setiausaha Agung BN yang baharu, menggantikan Tan Sri Annuar Musa.
Bagaimanapun, pada bulan Mac, beberapa pemimpin kanan BN terutamanya dari MCA dan MIC, mendakwa pelantikan itu tidak sah kerana ia perlu mendapatkan persetujuan bersama Dewan Tertinggi terlebih dahulu.
Laporan media sebelum ini menyebut Annuar digantikan selepas Ahli Parlimen Ketereh itu dilihat tidak sealiran dengan konsep dan gerak kerja politik yang dibawa oleh majoriti pemimpin dalam UMNO, termasuk Ahmad Zahid sendiri.
Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, Ahmad Zahid berkata, Dewan Tertinggi BN juga memutuskan untuk menambah kekuatan jentera parti di peringkat negeri bagi membantu usaha pendaftaran vaksin, khususnya bagi warga emas, orang kurang upaya, dan mereka yang tinggal di kawasan pendalaman.
Selain itu, beliau berkata, Dewan Tertinggi BN juga menyeru semua pihak untuk mematuhi prosedur operasi standard bagi mengawal penularan COVID-19 yang sangat membimbangkan ketika ini.
Topic Berkaitan
#Zambry Abdul Kadir
#Setiausaha Agung BN
#Zahid Hamidi
#Annuar Musa
#Ahmad Maslan
#UMNO
#Barisan Nasional
#MIC
#MCA
#Parlimen
#warga emas
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan