awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Ulama Pas terima usul penyatuan ummah dengan UMNO dan Bersatu, tolak PH

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
02/09/2022
11:24 MYT
Dewan Ulama Pas terima usul penyatuan ummah dengan UMNO dan Bersatu, tolak PH
Usul yang dibentangkan oleh wakil Dewan Ulama Pas Kelantan, Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail (gambar) akan dibawa ke Muktamar Pas ke-68 yang akan berlangsung di Alor Setar, pada Sabtu ini. - Gambar Astro AWANI
YAN: Dewan Ulama Pas sebulat suara menerima usul penyatuan ummah dan menolak sebarang kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Usul yang dibentangkan oleh wakil Dewan Ulama Pas Kelantan, Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail itu akan dibawa ke Muktamar Pas ke-68 yang akan berlangsung di Alor Setar, pada Sabtu.
Dalam usul tersebut, Dewan Ulama Pas diminta memainkan peranan secara proaktif untuk menyatukan parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya kekuatan politik Melayu-Islam dapat disatukan di bawah agenda penyatuan ummah.
"Dewan Ulama hendaklah memainkan secara proaktif dalam menyatupadukan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya kekuatan politik Melayu dan Islam disatukan demi penyatuan ummah.
“Selain itu, strategi satu lawan satu pada PRU15 juga hendaklah dilaksanakan bagi mengelak pertembungan sesama sendiri khususnya parti politik berteraskan Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu yang hanya akan menguntungkan PH," kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising.
Beliau berkata demikian pada sesi pembentangan usul pada Muktamar Dewan Ulama Pas di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, di sini, pada Jumaat.
Usul berkenaan diterima perwakilan sebulat suara tanpa dibahaskan dan turut mendapat sokongan Ahli Majlis Syura Ulama Pas dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi.
Katanya, pengalaman selama 22 bulan di bawah pemerintahan PH amat memeritkan rakyat, justeru, pihaknya akan sedaya upaya akan memastikan PH tidak akan kembali menerajui kerajaan.
Topic Berkaitan
#Dewan Ulama PAS
#Penyatuan Ummah
#UMNO
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan