Skip to main content

Politik

Dr Mahathir minta untuk duduk di blok pembangkang - Takiyuddin

51551326675_PAS.jpg
Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad duduk di blok pembangkang dalam Persidangan Parlimen pada 18 Mei lalu adalah atas permintaan beliau sendiri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan, permintaan itu dibuat menerusi satu surat bertarikh 15 Mei yang dihantar kepadanya sebelum sidang Parlimen itu diadakan.

Katanya, permintaan itu itu dibuat kerana Dr Mahathir tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Bagaimanapun hal parti adalah urusan dalaman parti berkenaan dan ahli yang terbabit.


"Ahli Parlimen akan ditempatkan di blok yang diminta, kerajaan atau sebaliknya. Hal dengan parti ialah urusan dalaman parti dengan ahlinya," katanya menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya pada Jumaat.

Pada Khamis, Dr Mahathir yang juga bekas Pengerusi Bersatu bersama empat lagi iaitu Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah digugurkan keahlian mereka daripada Bersatu.

BACA: Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga yang lain digugur keahlian Bersatu

BACA: Saya tak tahu PH dapat sokongan 129 Ahli Parlimen - Azmin Ali

BACA: 'Pemecatan ini adalah salah!', kata Tun Dr Mahathir dan empat yang lain

Advertisement

Must Watch Video