awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir setuju tubuh Suruhanjaya Diraja siasat 1MDB

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
25/04/2015
08:26 MYT
Dr Mahathir setuju tubuh Suruhanjaya Diraja siasat 1MDB
Dr Mahathir setuju tubuh Suruhajaya Diraja siasat 1MDB
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan saranan supaya ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Namun Dr Mahathir menegaskan, anggota Suruhanjaya Diraja itu perlu dipilih oleh rakyat bukan ditentukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya bersetuju dengan syarat ahli royal commission ini tidak dipilih oleh Najib, dipilih oleh rakyat melalui apa saja badan NGO yang ada, mereka pilih dan jadi anggota royal commission.
"Sekarang ini dia sudah suruh Audit Negara dan PAC buat pemeriksaan, saya khuatir pemeriksaan ini akan ambil masa dua tahun setengah, sampai pilihan raya, bila pilihan raya datang, masih dipimpin oleh Datuk Seri Najib sebab belum selesai jawapan dari badan-badan ini selepas dua tahun
"Kalau kita ada royal commisssion ok lah, jangan suruh saya jadi anggota royal commission sudah lah," katanya menjawab soalan peserta program Bicara Negarawan, di sini, hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata, jumlah wang 1MDB yang hilang itu bukan kecil, malah memberi bayangan ia akan berterusan jika Najib tidak meletakkan jawatan.
"Kita tidak boleh lagi maafkan, kita mesti tumpukan kepada perkara (1MDB) ini. Kalau kita tak hentikan, ia akan terus berlaku," katanya.
Bekas Perdana Menteri itu turut membangkitkan urus niaga 1MDB yang disifatkan merugikan terutamanya dalam isu pembelian tanah kerajaan di sekitar ibu kota dan jana kuasa bebas.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Dr Mahathir Mohamad
#Najib Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan