awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Kelantan bubar pertengahan Jun - Speaker

Sinar Harian
Sinar Harian
10/03/2023
14:40 MYT
DUN Kelantan bubar pertengahan Jun - Speaker
Abdullah (tengah) ketika merasmikan Program Penutup Festival Beliwanis Kelantan, pada Jumaat. - Sinar Harian
KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan dibubarkan pertengahan Jun depan berikutan tempoh mandat DUN akan berakhir pertengahan tahun ini.
Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob berkata, pembubaran itu juga berikutan kesemua enam negeri mengambil keputusan membubarkan DUN.
Menurut beliau, pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) diserahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
"Biasanya pilihan raya akan berlaku selepas tempoh 60 hari pembubaran DUN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Penutup Festival Beliwanis Kelantan di sini pada Jumaat.
Abdullah memberitahu, persidangan DUN terakhir akan dilaksanakan selama dua hari bermula 20 depan.
Sebelum ini, enam negeri mencapai persetujuan membubarkan Dewan Undangan Negeri ketika tempoh dua minggu terakhir Jun depan untuk melaksanakan PRN.
BACA: PRN: Enam negeri sepakat bubar DUN dua minggu terakhir Jun
Negeri berkenaan ialah Negeri Sembilan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.
Bagaimanapun mengambil kira tempoh masa pembubaran, PRN dijangka diadakan pada Julai atau Ogos ini.
PRN diadakan berikutan tempoh mandat DUN di enam negeri berkenaan akan berakhir pertengahan tahun ini.
Sementara itu, lebih 1,000 beliawanis menyertai Festival Beliwanis Kelantan yang dimeriahkan dengan persembahan penyanyi popular, Khai Bahar.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#DUN Kelantan
#Speaker DUN Kelantan Abdullah Yaakob
#PRN
#bubar DUN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan