MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron yang dikaitkan dengan gerakan untuk menumbangkan kerajaan negeri Melaka, hari ini tampil menafikan pembabitannya.
Idris yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata, tidak tahu mengapa namanya dikaitkan sedangkan secara peribadi beliau tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali ketika ini.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa gerakan menumbangkan kerajaan oleh pelbagai pihak, namun menegaskan langkah berkenaan bukan usahanya.
“Saya rasa mungkin ada gerakan daripada pelbagai pihak, tetapi yang pastinya bukan inisiatif saya.
“Saya pun tidak faham mengapa nama saya dikaitkan kerana saya tiada sebarang masalah dengan Ketua Menteri sekarang ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: DUN Melaka kini bergolak? Ini apa yang kita tahu setakat ini
BACA: DUN Melaka bergolak: 'Perubahan pasti akan berlaku' - Ketua Menteri
Sebelum ini, Idris yang juga Exco Pembangunan Luar Bandar dan Pengurusan Banjir antara empat nama ADUN yang didakwa akan menyertai Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Senario itu sekali gus bakal menyaksikan Kerajaan Negeri Melaka yang sebelum ini pernah dipimpin PH selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, sebelum tumbang, akan kembali bertukar tangan.
Antara nama lain yang dikaitkan termasuk Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).
Norhizam yang sebelum ini menang pada PRU lalu atas tiket PH bagaimanapun telah manafikan dakwaan berkenaan manakala dua lagi ADUN masih mendiamkan diri.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan bakal ‘melompat’ parti itu, Idris menegaskan perkara itu tidak berlaku.
“No such thing, tiada lompatan,” tambahnya ringkas.
Sementara itu, satu sumber memberitahu, usaha pihak tertentu mengumpul Akuan Bersumpah (SD) daripada sebilangan ADUN kerajaan untuk mendapatkan sokongan bagi menumbangkan kerajaan negeri tidak berhasil.
Dakwanya, usaha berkenaan menemui jalan buntu apabila ada ADUN yang membuat pusingan-U.
“Memang mulanya ada wakil rakyat kerajaan sudah menandatangani SD untuk bersama PH dan tumbangkan kerajaan negeri ini, namun usaha itu gagal selepas ada antara mereka membatalkannya.
“Bagaimanapun mungkin akan ada perubahan dalam struktur kerajaan negeri sehari dua ini, tetapi kerajaan sedia ada kekal. Tunggu sajalah,” katanya.
Untuk rekod Kerajaan Melaka dipimpin Sulaiman daripada UMNO selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada PH yang tumbang Mac tahun lalu.
Kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang pula 11.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Oct 03 2021
Datuk Seri Idris Haron berkata, beliau tidak tahu mengapa namanya dikaitkan sedangkan tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali. - Gambar fail
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
DUN Melaka bergolak: 'Saya tidak faham mengapa dikaitkan' - Idris Haron
Datuk Seri Idris Haron berkata, beliau tidak tahu mengapa namanya dikaitkan sedangkan tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
DUN bergolak rencat pemulihan pelancongan Melaka - Exco
Senario itu bukan hanya merugikan kerajaan negeri dan rakyat secara amnya malah turut menimbulkan keraguan kepada pelabur.
Dakwaan Melaka bakal bertukar tangan, hanya mainan persepsi - Pas
Pas Melaka yakin tidak akan berlaku sebarang perubahan landskap politik di negeri itu dalam masa terdekat.
DUN Melaka bergolak: 'Saya tidak terlibat usaha tukar kerajaan negeri' - Mohd Rafiq
Mohd Rafiq berkata, beliau bercakap atas kapasitinya sebagai ADUN Paya Rumput dan tidak boleh mengulas mengenai pendirian ADUN lain.