IPOH: "Jangan gaduh dengan siapa-siapa dan terus tunaikan tangggung jawab serta amanah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah dipilih."
Demikian mesej yang disampaikan pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu, Dr Mohd Aleef Yusof (Sungai Udang) dan Dr Mohd Yadzil Yaakub (Bemban), berhubung kedudukan mereka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Timbalan presiden parti Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata agenda memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat perlu menjadi fokus, selain menyokong polisi-polisi yang baik walaupun berada di luar kepimpinan kerajaan negeri.
"Tidak perlu bergaduh dengan sesiapa. Hari ini kerajaan Melaka telah ditubuhkan dan kita boleh beri kerjasama demi kepentingan rakyat, yang mana mereka ada tanggung jawab untuk bersuara," kata Ahmad Faizal yang juga Menteri Belia dan Sukan, selepas menghadiri Program Derma Darah Perak-Foodbank bersama Kiwanis Jelapang hari ini.
Pada Jumaat, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata parti tersebut belum memberi apa-apa arahan kepada dua ADUN tersebut, berhubung kedudukan mereka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengulas perkara itu berkata tidak ada keperluan untuk membawa bersama dua wakil rakyat PN dalam pembentukan kerajaan negeri Melaka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021

Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berucap pada Program Derma Darah Perak Foodbank di Dewan Kampung Tawas Tambahan hari ini. - Foto BERNAMA

Tutup Ladang Ayam | KPDNHEP Melaka optimis bekalan ayam tidak terjejas
KPDNHEP Melaka optimis penutupan dua hari sebuah ladang ternakan ayam di negeri itu pada sabtu dan ahad, tidak menjejaskan rantaian bekalan makanan. Pengarahnya Norena Jaafar menegaskan, penutupan berkenaan juga tiada kaitan dengan isu protes oleh sekumpulan penternak mahupun kartel seperti yang didakwa pihak tertentu. Siasatan KPDNHEP Melaka mendapati penutupan dua hari ladang ternakan itu adalah disebabkan ayam hidup di ladang yang terletak di Merlimau, Jasin itu mengalami pertumbuhan yang lambat dan berat badan tidak mencapai kadar yang sepatutnya.

Jom Tengok Bola | Uniti bersama Harimau Malaya
Kementerian Perpaduan Negara & Astro AWANI Menganjurkan Jom Tengok Bola Uniti Bersama Harimau Muda di Restoran Hakim (Baru) Jalan Kristal Seksyen 7 Shah Alam

COVID-19 | Arahan kuarantin kepada ribuan rakyat Korea Utara
Korea Utara mengeluarkan arahan kuarantin kepada ribuan pesakit yang disyaki dijangkiti COVID-19 sambil menggesa mereka yang mengalami gejala ringan untuk minum minuman herba. Sebagai langkah proaktif membendung penularan COVID-19, perjalanan di antara wilayah telah diharamkan dan ratusan ribu pekerja telah diarah untuk melakukan ujian saringan bagi memastikan kesihatan mereka terjamin.

Sukan SEA Hanoi | Skuad gimrama negara pertahankan pingat emas
Beberapa lagi pingat emas disumbangkan kontinjen negara pada Sukan SEA Hanoi termasuklah skuad gimrama negara. Ia sekali gus meletakkan sasaran 36 emas pada temasya kali ini semakin hampir direalisasikan. Untuk perincian lanjut, terus bersama wartawan Astro ARENA, Karl Nunis di Hanoi.

COVID-19 | Kes tidak naik mendadak, Khairy ucap tahniah
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin percaya rakyat Malaysia ada kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik dan ia terbukti apabila tiada peningkatan mendadak kes COVID-19 direkodkan selepas sambutan Aidilfitri.

Perang Rusia-Ukraine | Cetus krisis makanan dunia
Perang di Ukraine mewujudkan krisis keselamatan makanan global paling hebat pada zaman ini. Itu kata, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, bahawa Rusia dan Ukraine menghasilkan satu pertiga daripada bekalan gandum di dunia. Peperangan antara kedua-dua negara itu menyebabkan harga makanan melambung tinggi dan ketidakpastian tentang masa depan keselamatan makanan di seluruh dunia, terutamanya di negara miskin.

Ringgit Jatuh | Cecah RM4.40 kepada dolar AS pertama kali sejak 2020
Ringgit cecah paras RM4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama sejak permulaan pandemik COVID-19 pada Mac 2020. Dalam pembukaan dagangan pagi tadi, mata wang tempatan didagang pada paras 4.404 berbanding dolar.

Buli, Gangguan Seksual | Radzi umum 8 anggota jawatankuasa khas KPM
Lapan individu dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambahbaik Prosedur Pengendalian Kes Gangguan Seksual dan Buli. Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, jawatankuasa itu akan dipengerusikan mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim.

Integriti | RUU Sumbangan Politik secara dasarnya dipersetujui
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) secara dasarnya bersetuju dengan cadangan pelaksanaan dasar penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik.

Jakim giat jejak 'The Hood Man' isu penyembelihan di Australia
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata sehingga kini pihaknya belum dapat menghubungi lelaki berkenaan.

Melaka lulus pindaan had umur 18 tahun layak jadi ADUN
Pindaan rang undang-undang itu dibentangkan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan dibahaskan beberapa ADUN sebelum diluluskan selepas bacaan kali ketiga.

Dira anggap pelantikan sebagai Timbalan Speaker DUN penghormatan buat wanita
Dira berkata, peluang yang diberikan akan dimanfaatkan sebaik mungkin dan beliau berjanji akan menjalankan tugas dengan penuh amanah.

Tujuh ADUN Melaka tidak hadir persidangan DUN disebabkan COVID-19
Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka tidak hadir ke Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 hari ini disebabkan COVID-19.

COVID-19: Persidangan DUN Melaka dipendekkan kepada sehari
Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 yang sepatutnya berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga Khamis, dipendekkan kepada sehari sahaja.

DUN Melaka ucap tahniah, beri penghormatan kepada 'Abang Viva'
Ketua Menteri tersentuh hati dengan tindakan Azwan yang sanggup ambil cuti untuk meredah kepayahan bagi menyelamatkan mangsa banjir.

DUN Melaka: Berhenti berpolitik, jalan terus buat kerja sebagai ADUN - Ahmad Faizal
"Jangan gaduh dengan siapa-siapa dan terus tunaikan tangggung jawab serta amanah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah dipilih."

RASMI: BN kembali terajui Melaka, menang bergaya tawan 21 kerusi
Barisan Nasional berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15, dengan kedudukan selesa dua per tiga majoriti.
![[LAPOR LANGSUNG] BN menang dengan majoriti dua pertiga kerusi [LAPOR LANGSUNG] BN menang dengan majoriti dua pertiga kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637452242_TBBNMENANG.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] BN menang dengan majoriti dua pertiga kerusi
BN menang 21 kerusi dan berjaya membentuk kerajaan negeri di Melaka dengan majoriti dua pertiga kerusi pada PRN Melaka.

PRN Melaka: Pusat pengundian dibuka, bermula 8 pagi
Proses membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi, akan dikendalikan seramai 12,290 petugas.

PRN Melaka: Apa senario yang mungkin ada?
Apakah keputusan yang bakal dicapai di Pilihan Raya Negeri Melaka esok? Parti mana pula akan memiliki majoriti untuk tubuh kerajaan?