awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Perak: Sudah tiba masa Perak haramkan perkahwinan bawah umur - Kor Ming

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
29/03/2022
05:33 MYT
DUN Perak: Sudah tiba masa Perak haramkan perkahwinan bawah umur - Kor Ming
Kata Kor Ming, isu pedofilia harus disekat demi masa depan kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun. - Gambar fail
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Nga Kor Ming mencadangkan agar Kerajaan Perak dapat mengharamkan perkahwinan bawah umur di bawah peruntukan undang-undang.
Pengerusi DAP Negeri itu berkata sudah tiba masanya untuk Negeri Perak merujuk kepada syor Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam mengambil langkah berkenaan.
Katanya isu pedofilia harus disekat demi masa depan kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun.
“Perkahwinan bawah umur harus dilarang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai tanggungjawab sebagai Dewan Perundangan. Luluskanlah undang-undang supaya tidak ada lagi perkahwinan di bawah umur dibenarkan di Perak
“Tempat anak gadis di bawah umur ini adalah di bangku sekolah dan bukan (sepatutnya) dijadikan isteri. Jika tidak (lakukan larangan ini), masa depan mereka akan hancur,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 di sini pada Selasa.
Tambah Kor Ming lagi, perhatian terhadap isu larangan tenaga buruh kanak-kanak juga harus diberi sama terhadap isu perkahwinan di bawah umur itu.
“Bayangkan cucu kita yang berada di bawah umur bukan berada di atas bangku sekolah, akan tetapi di atas pelamin. Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita haramkan perkahwinan bawah umur di Perak,” jelas beliau lagi.
Pada minggu lalu, Kerajaan Persekutuan dilaporkan tidak bercadang mengharamkan perkahwinan bawah umur, namun komited mengekang perkara berkenaan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dilaporkan berkata usaha mengekang perkahwinan bawah umur dilaksanakan melalui program di bawah Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur.
Topic Berkaitan
#DUN Perak
#perkahwinan bawah umur
#Nga Kor Ming
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan