KUALA LUMPUR: Perbuatan memfitnah dan mengata parti lain semasa berkempen demi meraih undi perlu dielak kerana ia mencerminkan akhlak dan peribadi parti itu sendiri.
Penasihat Kompleks Darul Thibbunnabawi Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkata individu yang menyebarkan fitnah tentang parti lain dan mengeluarkan kata-kata kesat semasa berkempen tidak layak diundi sebagai pemimpin.
Sebaliknya beliau berkata parti politik perlu lebih fokus menyebut tentang kebaikan partinya menggunakan bahasa yang baik seterusnya menunjukkan komitmen yang berterusan untuk membantu rakyat.
"Semua pengundi sekarang berpelajaran, jadi siapa yang suka memaki dan mencaci, tidak perlulah pilih parti tersebut. Demikian juga parti yang membawa fitnah dan tuduhan serta penipuan kepada masyarakat contohnya manifesto yang menipu," katanya kepada Bernama.
Ketika ditanya mengenai panduan berpolitik secara Islam, beliau berkata Rasulullah SAW merupakan panduan yang jelas iaitu ajaran al-Quran dan hadis perlu diterapkan dalam peribadi seorang pemimpin selain perlu belajar tentang siyasah syar'iyah (cara mentadbir kerajaan berasaskan undang-undang Islam).
Turut senada, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis berkata secara umumnya mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dan bahasa kesat dilarang dalam Islam, bukan hanya semasa berkempen.
"Orang yang menggunakan kata-kata kesat adalah orang yang tidak berakhlak... orang yang mempunyai sifat sedemikian tidak layak menjadi pemimpin.
"Kita tahu politik ini sebahagian daripada agama, memilih pemimpin ini bukan satu benda yang remeh, ia membawa kesan yang sangat besar kepada negara. Kalau kita tengok negara maju adalah sebab pemimpin yang bagus dan amanah," katanya.
Beliau berkata seorang pemimpin negara perlu memiliki ciri-ciri amanah terhadap kepercayaan yang diberi rakyat, memberikan layanan yang adil kepada rakyat, mengelak perkara yang membawa kepada permusuhan, sanggup berkorban demi rakyat serta mempunyai niat yang betul dalam menyertai politik negara.
Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata fitnah adalah sekeji-keji bentuk kempen dan permainan politik sekali gus berupaya menaikkan seseorang yang jahat dan menjatuhkan seseorang yang baik.
Beliau menyeru semua parti politik supaya memperbaharui niat bagi menghadapi kempen Pilihan Raya Umum ke-15 sambil menekankan bahawa dua tunjang utama politik negara adalah rakyat dan agama.
"Kita tidak mahu rakyat menjadi mangsa 'janji Puteri Gunung Ledang' oleh pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab. Apatah lagi kita tidak mahu soal agama Islam selaku agama Persekutuan dikesampingkan oleh mana-mana parti yang memerintah kelak.
"Isu moral dan akhlak adalah asas pembinaan negara yang stabil, maju dan seimbang. Justeru, tidak ada kompromi bagi pihak yang memandang ringan soal agama," katanya.
Zulkifli berkata biarpun usik-mengusik merupakan perkara biasa semasa berkempen, adab dan akhlak perlu dipelihara supaya tidak keterlaluan membenci dan memusuhi kerana hakikatnya kempen cuma perlawanan kebijaksanaan dalam mengatur strategi mempromosi parti masing-masing di lapangan dan media sosial.
Di samping itu, menurutnya, beliau tertarik dengan sebahagian anak muda di aplikasi TikTok yang akan mengundi buat pertama kali, yang berusaha membuat penelitian menerusi Internet untuk menilai calon dan parti mana yang perlu diundi.
"Selain carian di alam maya, saya sarankan supaya hadir ke rapat umum semua calon yang bertanding. Dapatkan maklumat sebanyak mungkin melalui pertanyaan, perbualan dengan pengundi yang lebih senior daripada pelbagai parti. Akhirnya, mohonlah petunjuk daripada Allah melalui solat istikharah," katanya.
Menurut Zulkifli, rakyat mahukan pemimpin terbaik untuk negara dan masa depan generasi muda, bagaimanapun, secara realistiknya ia umpama memilih antara dua kelemahan.
"Pilihlah yang lebih ringan atau kurang kelemahannya, asalkan mereka berjaya membuktikan kesungguhan mereka mengutamakan memperkukuh ekonomi, mensejahterakan rakyat dan memelihara agama. Selamat berkempen dan selamat mengundi. Dirgahayu Malaysiaku tercinta!," katanya.
Bulan lepas, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melancarkan kempen kesedaran hentikan fitnah di media sosial bagi membendung berita tidak benar yang semakin berleluasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad ketika melancarkan kempen itu berkata ramai individu ingin menjadi wartawan seterusnya menyebarkan berita menerusi media sosial tanpa mematuhi etika kewartawanan demi mensasikan isu tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2022

AHMAD DUSUKI: Semua pengundi sekarang berpelajaran, jadi siapa yang suka memaki dan mencaci, tidak perlulah pilih parti tersebut. - Foto Facebook

Kampung Redang Panjang, Selama dilanda banjir kilat
Hujan lebat selama dua jam itu turut mengakibatkan air sungai melimpah ke jalan utama dan rumah berdekatan.

Cubaan Bunuh | Lelaki bersalah cuba bunuh Ratu Elizabeth dua tahun lalu
Seorang lelaki mengaku bersalah atas cubaan membunuh mendiang Ratu Elizabeth II, dua tahun lalu. Lelaki berkenaan dikenali sebagai Jaswant Singh Chail, 21 tahun ditangkap di Istana Windsor pada 25 December, 2021, ketika perayaan Hari Natal.

Pencemaran Udara | Bangkok, 42 wilayah lain catat Indeks Udara Tidak Sihat
Jerebu menyelubungi Bangkok dan 42 wilayah di Thailand pada Jumaat apabila skala PM2.5 direkodkan melebihi paras selamat iaitu 50 mikrogram setiap meter padu Wilayah yang terjejas termasuk Nonthaburi, Samut Prakan, Ayutthaya, Buriram, Chiang Mai, Chiang Rai dan Chon Buri.

Rusia-Ukraine | Ukraine bimbang kemungkinan serangan dari Belarus
Ukraine melahirkan kesangsian selepas pasukan tentera udara Rusia yang terlibat dalam latihan bersama tentera udara Belarus tidak kembali ke pangkalan tetapnya meskipun latihan itu telah tamat Rabu lalu. Latihan yang bermula 16 Januari itu mencetuskan kebimbangan Kyiv mengenai kemungkinan Moscow akan mendesak Minsk menyertai perang menentang Ukraine.

Krisis Rusia-Ukraine | EU bakal kenakan sekatan baharu terhadap Rusia
Kesatuan Eropah (EU) mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan-sekatan baharu terhadap Rusia bermula 24 Februari 2023. Sekatan-sekatan itu merangkumi 10 tindakan antaranya mengenakan tambahan bagi harga siling buat produk-produk minyak keluaran Rusia.

Serangan | 21 maut dalam serangan di Sudan Selatan sebelum lawatan Pope
Sekurang-kurangnya 21 individu terbunuh dalam serangan bersenjata di Sudan Selatan sehari sebelum lawatan Pope Francis ke negara itu. Berdasarkan laporan media tempatan, mereka terbunuh dalam satu serbuan yang dilakukan individu bersenjata di ladang lembu di Kajo-Keji County di Equatoria tengah.

PRN Selangor | UMNO Selangor muktamadkan jumlah kerusi yang akan ditandingi
UMNO Selangor sudah pun memuktamadkan jumlah kerusi dan kawasan ingin ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada Jun ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din.

Tenaga Kerja | Malaysia fokus tangani kenaikan kos pekerja asing
Kerajaan sedang memberi fokus dan mengambil langkah yang serius dalam memastikan usaha untuk membawa masuk pekerja asing ke negara ini berjalan lancar. Menurut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, kerajaan juga melihat dan akan cuba menangani isu kos kenaikkan yang dikenakan oleh sebahagian agensi pekerjaan di beberapa negara sumber seperti Indonesia agar pekerja yang bakal memasuki di negara ini tidak terlalu dibebani oleh kos yang terlalu tinggi.

Terminal Laut Dalam | Tiada lesen diberikan
Ditanya mengenai projek Terminal Laut Dalam atau Deep Sea Terminal bersaiz 481.5 hektar di luar pantai Arai, Melaka, yang menimbulkan kebimbangan berhubung isu ekologi Loke mengesahkan pihaknya tidak memberikan lesen bagi projek berkenaan.

Isu LRT | Bukan sebab tiada pakar – Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan menafikan dakwaan kekurangan pakar teknikal dalam kalangan anak tempatan jadi punca beberapa perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) sering rosak dan gagal diperbaiki. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, kenyataan sedemikian tidak tepat dan dibuat secara umum, serta tidak mengambil kira punca sebenar masalah.

PRU15: Saf kepimpinan Pas diingat tidak terjebak provokasi - Abdul Hadi
Abdul Hadi Awang nasihat ambil pendekatan 'menerang dan bukannya menyerang.'

PRU15: Perancangan ADUN BN Johor diketengahkan sewaktu kempen
Hasni berkata 40 wakil rakyat itu yang telah memenangi PRN Johor pada Mac lepas akan membantu kempen di kawasan masing-masing.

PRU15: Melaka tak halang exco bantu kempen calon 14 hari - Sulaiman
Beliau turut menggesa barisan Exco mengutamakan tugas hakiki mengikut portfolio yang telah diamanahkan.

'Elak fitnah, kata mengata semasa kempen PRU'
Katanya, individu yang menyebar fitnah tentang parti lain dan mengeluarkan kata-kata kesat semasa berkempen tidak layak diundi.

Sembilan maut depoh kontena runtuh di Brazil
Kejadian berlaku di depot milik Multiteiner, syarikat yang menjual dan memajak kontena kepada perniagaan.

Kempen pilihan raya diteruskan, sehari selepas pembunuhan Shinzo Abe
Rata-rata ahli politik berikrar akan meneruskan kempen walaupun negara itu sedang bersedih susulan pembunuhan Shinzo Abe.

PRN Johor: Polis terima 140 laporan, 37 kertas siasatan dibuka
Kes tertinggi yang disiasat adalah di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat kepada poster atau sepanduk parti.

PRN Johor: BN akur syarat, kaedah kempen - Zambry
BN akan mengikut segala arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kempen PRN menerusi media rasmi: KKMM akan bincang dengan kerajaan Sarawak
Buat masa ini, KKMM sudah mengguna pakai konsep berkenaan dalam PRN Melaka lepas dan sedang dalam proses post mortem.

PRN Sarawak: Politik pemulihan sandaran rakyat terus pilih GPS
Pengundi dan rakyat di Sarawak dilihat cenderung untuk memilih parti politik yang mengangkat masyarakat keluar daripada bebanan COVID-19 seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS).