awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elak perpecahan, ahli Wanita UMNO digesa terus sokong kepimpinan Najib

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
09/12/2015
06:26 MYT
Elak perpecahan, ahli Wanita UMNO digesa terus sokong kepimpinan Najib
SHAHRIZAT: Saya minta semua ahli Wanita berikrar untuk terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib supaya parti kita tidak berpecah. -fotoBERNAMA
Ahli dan pemimpin Pergerakan Wanita UMNO digesa memberikan sokongan tanpa belah bahagi kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak supaya struktur parti terus kukuh dalam meneruskan perjuangannya.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata sebagai ahli Wanita, menjadi tugas mereka untuk menjadi 'tulang belakang' parti.
"Saya minta semua ahli Wanita berikrar untuk terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib supaya parti kita tidak berpecah," kata Shahrizat.
Tambah beliau, ahli UMNO perlu menerima hakikat bahawa dalam dunia ini, tiada yang kekal.
"Saat demi saat, keadaan sentiasa berubah, apatah lagi kita dalam arena politik.
"Perubahan itu datang dengan pelbagai rupa. Kadangkala kita yang membawa perubahan, dan ada kalanya kita terpaksa menerima perubahan," katanya.
Tegas Shahrizat, yang penting, sebagai pemimpin UMNO apa jua perubahan yang kita pelopori mahupun yang terpaksa kita lalui, mesti berpaksikan perjuangan demi agama, bangsa dan negara.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya bertemakan 'Wanita Tunggak Penyatu UMNO' ketika merasmikan Sayap Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#perhimpunan agung
#Shahrizat Abdul Jalil
#UMNO
#Wanita UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan