Skip to main content

Politik

Esok penentu siapa Pengerusi PN baharu

logo Perikatan Nasiona
Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN yang dijadualkan berlangsung pada Ahad dijangka menjadi medan utama bagi membuat keputusan tersebut.

KUALA LUMPUR: Esok dijangka menjadi detik penentu bagi menetapkan individu yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu.

Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN yang dijadualkan berlangsung pada Ahad dijangka menjadi medan utama bagi membuat keputusan tersebut.

Advertisement

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad ketika ditanya mengesahkan mesyuarat berkenaan dijangka diadakan pada jam 3 petang di Pejabat Pas Pusat, Kuala Lumpur.

“Insya-Allah jam 3 petang di Pejabat Pas Pusat,” katanya ringkas.

Terdahulu, Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan mesyuarat khas berkenaan sudah ditetapkan.

Jelasnya, mesyuarat itu diadakan khusus bagi membincangkan dua agenda utama termasuk meluluskan peletakan jawatan Pengerusi PN oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini serta melantik pengerusi baharu bagi menerajui gabungan berkenaan.

Takiyuddin turut menjelaskan bahawa mengikut perlembagaan PN, apabila jawatan pengerusi kosong, mesyuarat perlu melantik salah seorang daripada Timbalan Pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Katanya, ketika ini PN mempunyai tiga Timbalan Pengerusi dan pemilihan pengerusi mesyuarat akan diputuskan mengikut ketetapan perlembagaan gabungan.

Sebelum ini Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Peletakan jawatan itu disahkan sendiri bekas Perdana Menteri itu menerusi satu hantaran di Facebook. -Sinar Harian

Must Watch Video