awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar luang satu jam tinjau persiapan Thaipusam di Batu Caves
Pelakon Redza Rosli dan Bella Hanna selamat timang cahaya mata lelaki
Venezuela lulus pembaharuan undang‑undang hidrokarbon ke arah pasaran terbuka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Faizal harap golongan muda guna hak Undi18 dengan bertanggungjawab

Bernama
Bernama
25/01/2022
10:45 MYT
Faizal harap golongan muda guna hak Undi18 dengan bertanggungjawab
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Undi18 yang bakal dilaksanakan bermula PRN Johor perlu digunakan secara baik dan diambil serius oleh golongan muda demi masa depan dan kepentingan negara. - Gambar BERNAMA
BANGI: Golongan muda yang mendapat peluang mengundi menerusi pelaksanaan Undi18, diminta untuk menggunakan hak baharu itu dengan bertanggungjawab.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, hak itu yang bakal dilaksanakan bermula Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu digunakan secara baik dan diambil serius oleh golongan muda demi masa depan dan kepentingan negara.
"Saya percaya kita akan lihat (Undi18) pada PRN Johor tak lama lagi. Ia agak menarik bagi kami untuk melihat bagaimana kecenderungan anak-anak muda berumur 18 tahun ke atas, menggunakan hak baharu mereka dengan bertanggungjawab.
"Ini sesuatu yang Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa ingatkan, supaya hak baharu ini bukan untuk cuba mencuba, untuk gurau diguraukan atau dimain-mainkan, tetapi diguna dengan penuh bertanggungjawab," katanya yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Majlis Perundingan Belia Negara di sini, hari ini.
Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 1 Dis menyatakan pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas berkuat kuasa pada 15 Dis lepas.
Berikutan itu, dilaporkan bahawa berlaku pertambahan lebih kurang 700,000 pengundi baharu dalam kalangan anak muda yang layak mengundi pada PRN Johor, meningkat kepada kira-kira 2.5 juta pengundi secara keseluruhan.
Sabtu lepas, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor, untuk memberi laluan kepada PRN Johor.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa satu mesyuarat khas untuk menentukan tarikh PRN Johor ke-15 akan diadakan pada 9 Feb ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Undi18
#PRN Johor
#pengundi 18 tahun
#Ahmad Faizal Azumu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan