awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Fatwa politik' timbulkan salah faham, cemarkan Islam - Mohd Na'im

Sinar Harian
Sinar Harian
04/09/2023
04:08 MYT
'Fatwa politik' timbulkan salah faham, cemarkan Islam - Mohd Na'im
Mohd Na'im menjelaskan, Malaysia mempunyai pihak berautoriti dalam mengeluarkan pandangan hukum atau fatwa mengenai sesuatu perkara. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan hukum haram jika memberi undi kepada calon lawan dilihat boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat dan mencemar kesucian ajaran Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan, pihaknya amat khuatir dengan tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan kenyataan bersifat menghukum kumpulan tidak sealiran fahaman dengan kumpulan politik masing-masing.
"Masyarakat Malaysia secara umumnya mengaitkan penggunaan istilah haram dengan hukum syarak iaitu hukum tegahan (dalam Islam) yang dijanjikan ganjaran pahala bagi orang yang mematuhinya dan dosa bagi orang mengingkarinya," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, selaku badan yang diberi amanah dalam menjaga dan memelihara kesucian agama Islam, pihaknya amat khuatir dengan tindakan mengeluarkan hukum tanpa disiplin sepatutnya.
"Situasi ini akan mencetuskan bibit-bibit perpecahan yang lebih serius dan mengancam keselamatan negara," ujar beliau.
Jelasnya, Malaysia mempunyai pihak berautoriti dalam mengeluarkan pandangan hukum atau fatwa mengenai sesuatu perkara.
"Saya berharap agar kita semua menghormati pihak berautoriti dan tidak terpengaruh dengan hukum yang dikeluarkan untuk tujuan kepentingan politik," katanya.
Mohd Na'im dalam pada itu menyeru semua yang terlibat di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) agar bersaing secara sihat dengan mengemukakan buah fikiran serta idea-idea untuk membangunkan rakyat selain menghentikan kempen menyentuh sentimen keagamaan dan perkauman.
"Saya dengan ini ingin menyeru semua pihak agar bertanggungjawab untuk menghormati kesucian agama Islam, menjaga perpaduan dan keamanan masyarakat pelbagai kaum serta agama dalam negara yang tercinta ini," katanya.
Pada Ahad, Muhyiddin menyatakan haram hukumnya bagi mereka yang mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat, pada PRK Parlimen Pulai.
Dakwanya, tindakan itu sebagai bantahan dan kemarahan pengundi di Parlimen Pulai berikutan kerajaan Perpaduan tidak membantu rakyat dalam kesusahan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#undi calon lawan
#Mohd Na'im Mokhtar
#fatwa politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan