awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fokus pulih sokongan UMNO, ketepi jawatan dalam kabinet - Dr Akmal

Sinar Harian
Sinar Harian
20/07/2024
23:15 MYT
Fokus pulih sokongan UMNO, ketepi jawatan dalam kabinet - Dr Akmal
MUHAMMAD AKMAL: Terima kasih kepada UMNO Subang atas cadangan dan penghargaan yang diberikan, namun saya memilih untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada parti dengan berada di luar Kabinet. - Gambar fail/Sinar Harian
SHAH ALAM: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meletak keutamaan kepada usaha mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti itu terlebih dahulu berbanding jawatan dalam kabinet Kerajaan Persekutuan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menegaskan selagi kepercayaan berkenaan belum diperoleh semula, beliau akan memilih untuk berada di luar Kabinet.
"Terima kasih kepada UMNO Bahagian Subang atas cadangan dan penghargaan yang diberikan kepada saya. Namun, saya memilih untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada parti dengan berada di luar Kabinet.
"Bukan jawatan yang dikejar tetapi kepercayaan rakyat kepada parti menjadi keutamaan saya buat masa ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin berkata demikian ketika mengulas usul khas UMNO Bahagian Subang agar beliau dilantik sebagai menteri.
Pada Sabtu, Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Arman Azha Abu Hanifah dilaporkan mencadangkan semua UMNO Bahagian yang belum mengadakan mesyuarat agar menjadikan usul khas itu sebagai usul rasmi dalam mesyuarat bahagian masing-masing.
Arman Azha berkata, beliau melihat sudah dua penggal Ketua Pemuda UMNO tidak diberikan peluang, ruang dan juga tanggungjawab untuk menggalas jawatan sebagai menteri dan timbalan menteri. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#menteri Kabinet
#Muhamad Akmal Saleh
#UMNO
#mesyuarat UMNO Bahagian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan