POLITIK
Gabungan pembangkang: Masalah akan timbul semasa kongsi kuasa, bahagi jawatan - Rafizi

Rafizi menyifatkan gabungan baharu ini sebagai tidak konsisten, memandangkan ia menghimpunkan tokoh dan parti yang pernah saling bermusuhan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, mempertikaikan kekuatan gabungan pembangkang baharu yang diumumkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama 12 parti politik lain.
Ringkasan AI
- Rafizi Ramli mempertikaikan kekuatan gabungan pembangkang baharu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama 12 parti lain, kerana tiada asas perjuangan bersama dan berisiko berpecah selepas pilihan raya.
- Beliau menyifatkan gabungan itu tidak konsisten kerana menghimpunkan tokoh dan parti yang pernah bermusuhan, serta menegaskan rakyat kini lebih bijak menilai gabungan politik yang hanya berasaskan percaturan kuasa.
- Rafizi menegaskan kekuatan gabungan tersebut bergantung kepada prestasi Kerajaan Perpaduan dalam menangani isu ekonomi dan kos sara hidup, namun sejarah menunjukkan gabungan rapuh sukar melaksanakan dasar secara berkesan.
Beliau menegaskan bahawa rakyat kini lebih bijak menilai tawaran politik dan tidak mudah terpengaruh dengan gabungan yang hanya bertujuan menumbangkan kerajaan tanpa hala tuju dasar yang jelas.
“Kalau hanya membina gabungan untuk menumbangkan kerajaan tanpa dasar bersama yang jelas, rakyat akan nampak ia sekadar percaturan kuasa, bukan perjuangan,” katanya menerusi Facebook.
Rafizi turut mengimbas sejarah gabungan politik dalam negara, termasuk kejayaan Pakatan Harapan (PH) menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU14, namun akhirnya berpecah akibat konflik dalaman yang membawa kepada “Langkah Sheraton” dan kelahiran PN.
Beliau menyifatkan gabungan baharu ini sebagai tidak konsisten, memandangkan ia menghimpunkan tokoh dan parti yang pernah saling bermusuhan.
“Muhyiddin pernah melabel Pas sebagai ‘parti ajaran sesat’, Pas pula mengecam Tun Mahathir kerana didakwa menzalimi rakyat Kelantan. Isu ICERD juga menyaksikan Pas menjadikan Waytha Moorthy sebagai musuh utama, tetapi kini mereka duduk sepentas sebagai sekutu politik,” katanya.
Rafizi menegaskan bahawa kekuatan gabungan itu bergantung kepada prestasi Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun mengingatkan bahawa sejarah menunjukkan gabungan rapuh sukar melaksanakan dasar baharu secara berkesan.
“Jika kerajaan gagal urus isu ekonomi dan kos sara hidup, pengundi mungkin lihat blok baharu ini sebagai alternatif. Tapi gabungan rapuh sering gagal kerana perbezaan pandangan,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami