awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelaran Premier: Sarawak ada hak pinda perlembagaan negeri - Prof Shamrahayu

Bernama
Bernama
21/02/2022
10:17 MYT
Gelaran Premier: Sarawak ada hak pinda perlembagaan negeri - Prof Shamrahayu
Penyandang Kursi Institusi Raja-raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berkata pada masa sama pindaan terhadap perlembagaan terbabit perlu selari dengan Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail
MELAKA: Sarawak mempunyai hak untuk meminda perlembagaannya termasuklah menukar gelaran Ketua Menteri kepada Premier, kata pakar perlembagaan Prof Datuk Shamrahayu Ab Aziz.
Penyandang Kursi Institusi Raja-raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berkata pada masa sama pindaan terhadap perlembagaan terbabit perlu selari dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Apabila saya melihat draf rang undang-undang itu, didapati draf rang undang-undang itu juga menyatakan bahawa ketika mana dijumpai perkataan Ketua Menteri dalam mana-mana undang-undang itu, ia hendaklah dibaca dengan perkataan Premier.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Wacana Ilmu 20 Feb 1956: Mengorak Langkah Menuju Merdeka di Auditorium Panggung Sari, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Melaka di sini hari ini.
Majlis yang dirasmikan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Khaidhirah Abu Zahar itu turut dihadiri Ketua Pengarah Arkib Negara Jaafar Sidek Abdul Rahman.
Pada 15 Feb, DUN Sarawak meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 yang mengandungi klausa untuk menukar gelaran jawatan 'Ketua Menteri' kepada 'Premier' dengan majoriti lebih dua pertiga ahli dewan menyokongnya.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang membentangkan rang undang-undang itu berkata pindaan gelaran jawatan Ketua Menteri kepada 'Premier' itu hanya akan berkuat kuasa selepas diwartakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gelaran Premier
#Ketua Menteri
#Sarawak
#Shamrahayu Ab Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan