KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 75 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12), sekali gus membaiki pencapaian mereka sewaktu bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dalam PRN ke-11 pada 2016.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam hanya mengumumkan keputusan bagi 81 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), apabila keputusan DUN Mulu tidak dapat diumumkan malam tadi disebabkan peti undi di kawasan itu tidak dapat dibawa keluar kerana keadaan cuaca buruk, dan mengambil kira faktor keselamatan petugas pilihan raya kawasan berkenaan.
Keputusan di kawasan DUN itu akan diumumkan sebaik sahaja pihaknya menerima peti undi berkenaan.
Kemenangan GPS semalam juga bertambah manis apabila gabungan empat parti tempatan itu berjaya merampas lima kerusi yang diduduki DAP sebelum ini dan pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berterima kasih kepada rakyat yang memberikan mandat besar ini.
"Kemenangan besar GPS dalam PRN ke-12 adalah kemenangan rakyat Sarawak khusus dalam meletakkan negeri itu sebagai 'rakan kongsi wilayah' dalam Malaysia," katanya bagi mengulas kejayaan itu dalam majlis meraikan.
Dalam PRN ke-11, gabungan yang terdiri dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), memperolehi 72 kerusi DUN.
Untuk pilihan raya kali ini, Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak dan Presiden PBB telah berpindah ke DUN Gedong dari DUN Satok sebelum mencatatkan kemenangan selesa mengatasi tiga calon lain.
PBB menyapu bersih kesemua 47 kerusi yang ditandinginya dalam PRN ini sementara rakan komponennya SUPP mencipta kejutan dengan memenangi 13 daripada 18 kerusi yang ditandingi mereka.
Presiden SUPP Datuk Seri Dr Sim Kui Hian turut mengekalkan kerusi DUN Batu Kawah yang dimenangi pada 2016.
PRS yang memasuki gelanggang pilihan raya kali ini tanpa kepimpinan presiden mereka, mendiang Tan Sri James Masing yang meninggal dunia 31 Okt lepas, turut mencipta kejayaan cemerlang memenangi kesemua 11 kerusi yang ditandinginya.
Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu bertanding buat kali pertama di peringkat DUN untuk memenangi kerusi Dudong, sambil parti itu meraih kejayaan menang di empat lagi DUN.
Bagaimana GPS gagal untuk menawan DUN Ba'kelalan yang dimenangi calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Baru Bian, yang juga penyandang kerusi itu sejak dua penggal lepas.
PSB pula muncul sebagai kuasa pembangkang baru di Sarawak apabila menang di empat kawasan iaitu Batu Lintang, Engkilili, Bawang Assan dan Ba'kelalan.
Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh mengekalkan kerusi DUN Bawang Assan yang pernah dimenanginya atas tiket Barisan Nasional (BN) pada 2016.
DAP yang sebelum ini mendominasi blok pembangkang negeri sejak beberapa penggal kini hanya mampu mengekalkan dua kerusi, iaitu Padungan yang dimenangi pengerusi negerinya Chong Chieng Jen dan Pending oleh Violet Yong.
Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Amanah Negara, PKR, Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), PAS serta kesemua 30 calon Bebas yang turut bertanding dalam PRN kali ini gagal memperolehi sebarang kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021

Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berterima kasih kepada rakyat yang memberikan mandat besar ini. - Gambar fail/BERNAMA

Hari Guru | Pengetahuan digital bantu guru serlah potensi pelajar
Sukar mendapatkan penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian, memaksa guru berfikiran lebih kreatif dan menggunakan semua sumber yang dimiliki.

Pembaziran Makanan | Tingkat advokasi masyarakat
Malaysia perlu meningkatkan advokasi dan libat urus dengan masyarakat mengenai masalah pembaziran makanan. Profesor dan Pengarah Eksekutif, Sunway Centre for Planetary Health, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata perkara itu perlu dilakukan selari kesediaan masyarakat untuk mengubah mentaliti dan gaya hidup.

Ban Pecah | MAFI luluskan RM2.5 juta bagi proses baik pulih
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi proses membaik pulih runtuhan ban kanan Terusan Tengah di struktur Alor Limpah, Sungai Santap, Pelubang. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi yang mengesahkan perkara itu memaklumkan kerja pembaikan telah dimulakan dan dijangka mengambil masa 14 hari.

Ladang Ternakan Ayam | FLFAM nafi penutupan dua hari sebagai protes
Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menafikan notis penutupan dua hari sebuah ladang ternakan ayam di Melaka, sebagai protes terhadap kerajaan yang didakwa lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen. Menurut Penasihatnya Datuk Jeffrey Ng, penghentian pengoperasian sesebuah premis itu adalah perkara biasa disebabkan faktor tertentu dan keputusan penutupan ladang berkenaan itu juga, jelas tidak akan mengganggu rantaian bekalan.

Kes Bunuh Tetak | Polis rakam keterangan wanita, giat kesan 4 suspek
Polis sudah mengambil keterangan wanita yang terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki yang ditetak dalam kejadian pergaduhan di medan selera di Kampung Baru, Bukit Mertajam pada Sabtu lepas. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad selain wanita itu, polis turut mengambil keterangan ahli keluarga mangsa.

10 Berita Pilihan - (18 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Skuad badminton lelaki kempunan pingat emas
Skuad muda negara gagal menyaingi kehebatan Thailand apabila terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Mei 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Mei 2022.

AWANI Ringkas: Bukit Aman siasat dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pembangkang Sarawak masih goyah berbanding GPS - Penganalisis Politik
Blok pembangkang di Sarawak dilihat masih goyah walaupun terdapat kerjasama antara Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK).

PRU15: GPS yakin 'sapu bersih' kesemua 31 kerusi parlimen Sarawak
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata GPS tidak mempunyai masalah untuk berdepan dengan pilihan raya malah telah memasang strategi secara senyap.

Tidak bertanding jawatan Presiden PRS, tindakan Sikie persis negarawan - Salang
Datuk Joseph Salang Gandum menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk John Sikie Tayai kerana membuat keputusan tidak bertanding dalam pemilihan Presiden parti kali ini.

Tiada perebutan jawatan presiden dalam PRS petanda baik - Nanta
Nanta berkata ia akan membolehkan pemimpin tertinggi parti dan ahli PRS menyelesaikan masalah dan memberi lebih tumpuan kepada rakyat.

Langkah Masir Kujat: Tiada individu yang lebih penting daripada parti - PSB
Parti Sarawak Bersatu (PSB) menghormati keputusan Masir meninggalkan PSB walaupun beliau menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional bimbingan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

PRN Johor: Kemenangan BN bukti rakyat mahu pemimpin bijak - Wan Junaidi
Kemenangan BN dalam PRN Johor bukti pentadbiran PH sebelum ini gagal membalas kepercayaan dan harapan rakyat dan kesudahannya tersungkur di tangan rakyat.

GPS terus pertahan martabat wanita Sarawak - Premier
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, setiap rintangan haruslah diketepikan supaya tidak akan menghambat kemajuan kaum wanita.

PRN Johor: GPS tidak akan campur tangan - Fadillah
Jelas Fadillah sebagai GPS juga tidak boleh terlibat selaku menteri ataupun membawa kementerian untuk terlibat sama dalam pilihan raya.

Pergolakan politik di Semenanjung tidak gugat Sarawak - Abdul Karim
Pergolakan politik dan demonstrasi rakyat di Semenanjung sesekali mempengaruhi kepercayaan rakyat Sarawak terhadap kerajaan negeri itu.

Siapa Timbalan Ketua Menteri Sarawak? Itu prerogatif Abang Jo - Alexander
Setiausaha Agung Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan pemilihan jemaah menteri ini merupakan prerogratif Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.