awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GPS sedia pertahan DUN Jepak menerusi PBB - Abang Jo

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
25/09/2023
08:20 MYT
GPS sedia pertahan DUN Jepak menerusi PBB - Abang Jo
Abang Johari tidak mendedahkan identiti calon PRK DUN Jepak kerana masih menunggu maklum balas daripada pemimpin di kawasan DUN dalam parlimen Bintulu itu. - Foto/ BERNAMA
KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan calon yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak untuk pilihan raya kecil (PRK) 4 November depan adalah daripada komponen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Bagaimanapun beliau yang juga Presiden PBB tidak mendedahkan identiti calon kerana masih menunggu maklum balas daripada pemimpin di kawasan DUN dalam Parlimen Bintulu itu.
“Kita bersedialah (untuk PRK).. hari penamaan calon nanti kita hantarlah calon, dan 4 November nanti orang mengundilah… (siapa calon GPS) itu tunggulah dulu.
“Tunggu dulu.. dia (Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom) yang jaga Bintulu di Kemena...,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai penetapan tarikh-tarikh penting PRK Jepak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak, calon GPS Allahyarham Datuk Talib Zulpilip telah menang dengan majoriti 4,243 undi dalam pertembungan empat penjuru melibatkan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Raba’ah Tudin, Stevenson Joseph daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan calon bebas Tuah Kazan.
PRK Jepak bakal menyaksikan pertambahan pengundi daripada 14,643 semasa PRN12 kepada 22,804 pemilih terdiri daripada 22,761 pengundi biasa dan 43 anggota polis.
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#DUN Jepak
#PRK Jepak
#calon PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan