awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GRS mahu kerjasama dengan PH dipertahankan - Hajiji

Bernama
Bernama
27/05/2025
12:45 MYT
GRS mahu kerjasama dengan PH dipertahankan - Hajiji
Hajiji selepas melancarkan jeti dan merasmikan pengoperasian semula perkhidmatan feri penumpang Kota Kinabalu-Labuan di Pelabuhan Kota Kinabalu hari ini. - Gambar Sinar Harian
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan negeri ketika ini dipertahankan, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Ketua Menteri Sabah itu berkata kerjasama antara kedua-dua gabungan parti berkenaan ketika ini akan menjadi asas yang diambil kira dalam menentukan kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.
Beliau berkata perkara itu juga telah disampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengumuman rasmi mengenai hasil perbincangan untuk membentuk kerjasama pada pilihan raya berkenaan akan diberitahu kelak.
"Kita mahu kerjasama. Kita pertahankan sekarang kerajaan GRS-PH. Itu asas kita dan kita telah sampaikan kepada perdana menteri. Jadi, yang lain-lain kita akan berbincang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jeti dan merasmikan pengoperasian semula perkhidmatan feri penumpang Kota Kinabalu-Labuan di Pelabuhan Kota Kinabalu di sini hari ini.
Hajiji berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan perbincangan kerjasama antara GRS dengan gabungan dan parti lain pada PRN17.
Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah itu berkata setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad berhubung PRN17 memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah masih belum dibubarkan.
"Belum lagi pilihan raya. Bubar (DUN) pun belum. Sabar saja kamu tunggu, nanti diberitahu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GRS
#Hajiji Noor
#Pakatan Harapan
#kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan