POLITIK
PRN17: GRS terbuka jika parti komponen pilih bertanding solo - Hajiji

Hajiji beramah mesra dengan penduduk di Pitas ketika hadir majlis Pecah Tanah Projek Perumahan dan Kedai LPPB Kampung Taka di Dewan Masyarakat Pitas. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersikap terbuka terhadap mana-mana parti komponennya yang memilih untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
Ringkasan AI
- GRS terbuka kepada parti komponen bertanding solo pada PRN Sabah ke-17, tanpa mendesak mereka keluar daripada gabungan.
- Hajiji yakin kekuatan GRS kekal kukuh berasaskan kerjasama parti komponen dan sokongan rakyat, sambil menekankan kesinambungan agenda pembangunan SMJ.
- Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dilihat berjaya memulihkan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat sejak dilaksanakan hampir lima tahun lalu.
"Insya-Allah kita akan menang pada pilihan raya nanti. Kita bersama-sama rakan komponen lain, terutama sekali Parti Bersatu Sabah (PBS) masih kukuh dan insya-Allah GRS terus kekal sebagai gabungan yang kuat dan mantap di Sabah.
"Kita mahu teruskan perjuangan ini kerana kita baru separuh jalan," katanya dalam satu kenyataan selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan dan Kedai Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah (LPPB) Kampung Taka di pekarangan Dewan Masyarakat Daerah Pitas, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata pelaksanaan agenda pembangunan di bawah dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sejak hampir lima tahun lepas ialah bukti nyata keupayaan kerajaan negeri memulihkan ekonomi serta memperkukuh kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata mandat yang diberikan rakyat Sabah sejak September 2020 tidak disia-siakan, sebaliknya diterjemahkan melalui pelaksanaan SMJ.
"Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan sindiran, kepimpinan kerajaan tetap teguh melaksanakan amanah rakyat. SMJ bukan sekadar slogan, tetapi satu pelan bertindak yang telah menampakkan hasil," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami