awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian akibat gempa bumi di Filipina meningkat kepada 70

Bernama
Bernama
04/10/2025
11:42 MYT
Angka kematian akibat gempa bumi di Filipina meningkat kepada 70
Kerajaan Filipina telah menamatkan operasi mencari, menyelamat dan mengesan mangsa, dan kini memberi tumpuan kepada usaha bantuan, pemulihan awal serta kerja-kerja pembaikan. - AP
MANILA: Angka kematian akibat gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter yang melanda wilayah Cebu, Filipina pada Selasa meningkat kepada 70 orang, menurut data rasmi yang diumumkan Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) pada Sabtu, lapor Xinhua.
NDRRMC memaklumkan, daripada jumlah itu, 32 mangsa maut direkodkan di Bogo City, 15 di San Remigio, 14 di Medellin, enam di Tabogon, serta masing-masing seorang di perbandaran Sogod, Tabuelan dan Borbon.
Sementara itu, 559 orang dilaporkan cedera akibat gempa bumi yang berlaku pada 9.59 malam waktu tempatan ketika penduduk sedang tidur atau bersiap untuk tidur.
Kira-kira 457,000 orang atau lebih 120,000 keluarga terjejas, dengan lebih 18,000 rumah serta lebih 500 infrastruktur termasuk jalan raya, jambatan dan hospital rosak akibat gegaran itu.
Kerajaan Filipina telah menamatkan operasi mencari, menyelamat dan mengesan mangsa, dan kini memberi tumpuan kepada usaha bantuan, pemulihan awal serta kerja-kerja pembaikan.
Hampir empat hari selepas bencana, mangsa yang terselamat masih bergantung kepada pengagihan makanan dan air untuk meneruskan kehidupan.
Mereka turut merayu bekalan pek makanan, kit pertolongan cemas, kelengkapan kebersihan, khemah, beg tidur dan penjana elektrik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#penduduk terjejas
#Filipina
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan