awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guan Eng mahu adakan PRN awal sebab bimbang di penjara

Astro Awani
Astro Awani
22/07/2016
11:34 MYT
Guan Eng mahu adakan PRN awal sebab bimbang di penjara
GUAN ENG: "Saya ingin tegaskan PRN diadakan bukan untuk selamatkan Lim Guan Eng." - Gambar fail
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal bukanlah untuk kepentingan dirinya sebaliknya demi kepentingan rakyat.
Jelasnya, PRN ini adalah pilihan terbaik mencari bakal penggantinya sekiranya beliau didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan dipenjarakan nanti.
Tegas beliau, PRN itu perlu dilakukan secepat mungkin bagi menentukan sama ada rakyat masih mahu memberi mandat kepada DAP untuk mentadbir Pulau Pinang atau sebaliknya.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP itu mengakui bimbang pentadbiran Kerajaan Negeri akan terjejas sekiranya PRN tidak diadakan lebih awal kerana yakin berkemungkinan dirinya akan dipenjarakan.
"Saya ingin tegaskan PRN diadakan bukan utuk selamatkan Lim Guan Eng. Lim Guan Eng sudah tidak boleh diselamatkan saya tahu. Barisan Nasional tidak akan lepas saya, dia (BN) akan hantar saya ke penjara," kata Guan Eng pada sidang media di Komtar hari ini.
Semalam, Guan Eng memaklumkan pihak DAP dan Pakatan Harapan memerlukan lebih masa bagi membincangkan cadangan mengadakan pilihan raya awal di negeri itu.
Sebelum ini spekulasi bertiup kencang bahawa pilihan raya mengejut di Pulau Pinang akan diadakan selepas Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat membuat keputusan mengenai perkara itu.
Parti PKR pula pada Selasa berpendirian bahawa mereka belum cukup diyakini dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihan raya tergempar di Pulau Pinang.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata walaupun begitu, PKR bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan parti komponen dalam Pakatan Harapan.
PRN itu adalah satu cara untuk mengukur sokongan rakyat terhadap DAP dan Guan Eng yang berdepan dua pertuduhan rasuah berkaitan pembelian banglo berharga RM 2.8 juta di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran.
Guan Eng bagaimanapun menafikan semua tuduhan itu dan menyelar penahanannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) serta mendakwa pendakwaan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang itu adalah sebahagian daripada penganiayaan politik terhadapnya dan DAP.
Topic Berkaitan
#isu banglo
#Ketua Menteri Pulau Pinang
#Lim Guan Eng
#pilihan raya negeri
#PRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan