awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guan Eng sedia berdepan usul undi tidak percaya

Astro Awani
Astro Awani
01/08/2016
10:36 MYT
Guan Eng sedia berdepan usul undi tidak percaya
Guan Eng menegaskan tidak gentar dengan tindakan pihak pembangkang dan menyifatkan ia sebagai amalan demokrasi. - Gambar fail
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedia berdepan usul undi tidak percaya terhadapnya bagi mengukur tahap sokongan.
Beliau pada masa sama menegaskan tidak gentar dengan tindakan pihak pembangkang dan menyifatkan ia sebagai amalan demokrasi.
"Sekiranya ada usul undi tidak percaya, kami dalam Pakatan Harapan akan menghadapinya, kami tidak akan lari daripada undi tidak percaya seperti yang berlaku di Parlimen.
"Kami akan berdepan dengannya dan ia harus dibenarkan kerana ini satu proses demokrasi," katanya pada sidang media di sini pada Isnin.
Guan Eng mengulas gesaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang mahu kerajaan negeri memanggil sidang Dewan Undangan Negeri tergempar untuk meluluskan undi percaya kepada Ketua Menteri.
Menurut Chang Yeow sekiranya usul tersebut diluluskan, Guan Eng boleh kekal sebagai Ketua Menteri sehingga perbicaraan kes rasuahnya selesai.
Gesaan dibuat susulan keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang yang membatalkan hasrat untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) awal selepas tidak mendapat persetujuan daripada PRK.
Isu pilihan raya negeri timbul apabila media tempatan melaporkan bahawa DAP menyenaraikan dua pilihan berikutan tuduhan rasuah yang dihadapi Guan Eng.
Satu daripadanya ialah mengadakan pilihan raya awal bagi mengetahui respon rakyat Pulau Pinang terhadap tuduhan terhadap Guan Eng, manakala satu lagi pilihan ialah menunggu pilihan raya umum akan datang yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada Ogos 2018.
Mengulas lanjut Guan Eng berkata cadangan itu bagaimanapun perlu datang daripada Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid dan bukannya daripada pihak lain supaya ia dilihat sebagai satu usul yang serius.
"Sekiranya tidak percaya bolehlah usul undi tidak percaya tetapi biar ia dibuat oleh Ketua Pembangkang supaya nampak ia serius, kami bersedia berdepan, mereka (BN) kena putuskan siapa yg berikan arahan. Sekarang Teng (Chang Yeow) cakap lain, UMNO cakap lain, siapa yang buat kata pemutus?" soal Guan Eng.
Topic Berkaitan
#isu banglo
#Ketua Menteri Pulau Pinang
#Lim Guan Eng
#pilihan raya negeri
#PRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan