awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadi gesa wakil rakyat PAS letak jawatan jika sertai parti lain

Bernama
Bernama
19/09/2015
14:10 MYT
Hadi gesa wakil rakyat PAS letak jawatan jika sertai parti lain
Abdul Hadi (gambar) mengulangi gesaan supaya wakil rakyat parti itu meletakkan jawatan jika menyertai parti lain termasuk Parti Amanah Rakyat. -Gambar fail
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengulangi gesaan supaya wakil rakyat parti itu meletakkan jawatan jika menyertai parti lain termasuk Parti Amanah Rakyat (Amanah).
Beliau berkata tindakan itu perlu kerana semua calon PAS pada pilihan raya umum lepas telah melafazkan Bai'ah bersumpah, dan mereka akan dilaknati Allah swt jika melanggar Bai'ah itu.
"PAS sebagai parti Islam membuat Bai'ah dengan Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, para pemimpinnya dan calon-calon pilihan raya dengan sumpah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.
"Semasa berBai'ah, kita sebut sebagai calon Parti Islam Semalaysia (PAS) dan tidak disebut PKR atau DAP. Ini diucapkan oleh setiap calon sama ada yang menang atau kalah.
"Parti (PAS) mewajibkan dalam Bai'ah jika dipecat keluar parti, mereka kena letak jawatan sebagai Ahli Parlimen atau ADUN. Ini disebut dalam bai'ah itu," jelas Abdul Hadi semasa berucap pada program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Pulau Serai dekat sini.
Turut hadir pada program tiga hari itu yang berakhir hari ini, ialah Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Pesuruhjaya PAS negeri Satiful Bahri Mamat.
Abdul Hadi berkata gesaannya merujuk kepada tindakan beberapa wakil rakyat PAS yang menyertai Amanah, parti baharu yang diterajui bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Pada sidang media kemudian, Mustafa mengesahkan tiga pemimpin tertinggi PAS telah mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan PKR termasuk presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Isnin bagi membincangkan mengenai tahaluf siyasif dalam pakatan pembangkang.
Dalam pertemuan itu di Ibu Pejabat PKR Kuala Lumpur, PAS diwakili oleh Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan dan Mustafa manakala PKR diwakili beberapa pemimpin tertingginya yang diketuai oleh Wan Azizah.
"Kita masih tahaluf dengan PKR tetapi dengan DAP dan parti baharu (Amanah), kita tak ada tahaluf," katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#bai'ah
#keluar parti
#Parti Amanah Rakyat
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan