awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadi sedia jumpa sesiapa sahaja termasuk Anwar

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
27/05/2023
09:17 MYT
Hadi sedia jumpa sesiapa sahaja termasuk Anwar
Abdul Hadi juga mendedahkan terdapat pihak-pihak yang menghubunginya dengan tawaran untuk Pas menyertai kerajaan perpaduan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau terbuka untuk bertemu dengan sesiapa sahaja termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, Abdul Hadi menegaskan keterbukaannya itu mestilah tidak lari dari prinsip, matlamat dan perjuangan Pas.
"Memang kita terbuka dengan sesiapa sahaja, terbuka tetapi mestilah tidak lari dengan konsep, prinsip, matlamat dan perjuangan kita," katanya kepada media selepas majlis pelancaran Jejak Nabi Muhammad SAW yang ditulisnya terbitan Yayasan Permata Ummah dan Pustaka Permata Ummah.
Abdul Hadi juga mendedahkan terdapat pihak-pihak yang menghubunginya dengan tawaran untuk Pas menyertai Kerajaan Perpaduan.
"Ada orang hubungi saya, beberapa orang, acap kali nak berjumpa dengan tawaran-tawaran supaya Pas menyertai kerajaan kerana jumlah Pas paling besar.
"Pas mempunyai 53 kerusi, PKR cuma 30 kerusi dan dalam keadaan 30 kerusi itu, 11 kerusi bukan Melayu, 19 sahaja yang Islam, itu PKR.
"DAP cuma tiga orang Melayu daripada 40, 37 adalah bukan Melayu. Kalau dicampur gabungan itu kerajaan didominasi bukan Islam.
"Jadi, dia nak ajak Pas, tapi Pas duduk di belakang bukan duduk di depan. Sepatutnya bila buat kerajaan, parti yang besar-besar lah yang memimpin, tetapi ini nak suruh yang besar di belakang, yang kecil di depan macam kepala ular lah, kecil je," katanya lagi.
Sebelum ini sebuah portal melaporkan Anwar berharap hubungan silaturahim dengan Abdul Hadi dapat dijalinkan semula.
Berkongsi harapan tersebut, pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin berkata, hasrat murni perdana menteri itu dibuat pada pertemuan bersama dua anak bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 12 Mei lalu.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#Kerajaan Perpaduan
#Abdul Hadi Awang
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan