awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri" - Akmal Saleh
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, meningkat daripada mata wang utama
Zii Jia mahu kembali dengan prestasi, bukan sekadar nama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadi sifatkan berbalah pasal jawatan PM ketika COVID-19 kerja mengarut

Bernama
Bernama
24/01/2021
09:45 MYT
Hadi sifatkan berbalah pasal jawatan PM ketika COVID-19 kerja mengarut
Abdul Hadi berkata perbalahan itu hanya mengganggu usaha membantu rakyat yang terkesan oleh penularan pandemik tersebut, justeru harus dihentikan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan perbalahan mengenai jawatan perdana menteri ketika negara berdepan pandemik COVID-19 sebagai perbuatan mengarut dan tidak peka dengan kesusahan yang dihadapi rakyat.
Beliau berkata perbalahan itu hanya mengganggu usaha membantu rakyat yang terkesan oleh penularan pandemik tersebut, justeru harus dihentikan.
"Perkara yang tak patut kita buat pada masa ini, berbalah siapa nak jadi perdana menteri, nak lantik siapa perdana menteri.
"Suasana sebegini (ketika COVID-19) nak berbahas perkara itu (jawatan perdana menteri), nak cukup undi Parlimen, ini semua kerja-kerja mengarut. Tidak peka dengan wabak yang menimpa rakyat, ini mesti ditolak dan dicegah," katanya dalam ucapan penangguhan webinar Proklamasi Darurat: Apakah Satu Keperluan? secara dalam talian di sini hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata antara sebab perisytiharan darurat dibuat segera ialah bagi mengelakkan berlaku kemudaratan lebih besar di negara ini.
"Ada orang kata kenapa tidak dibincang dahulu, kita kena sedar bahawa darurat ini mudarat yang datang dengan segera, yang mesti dibendung dengan serta-merta, tidak boleh dibincang," katanya, menambah ada perkara yang boleh dibincangkan ketika darurat seperti tempoh tamat pelaksanaannya.
Pada 12 Jan lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan hingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.
Seri Paduka memberi perkenan tempoh pelaksanaan darurat itu atau hingga ke suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#PAS
#Yang di-Pertuan Agong
#COVID-19
#kes positif
#Perdana Menteri
#Parlimen
#darurat
#PKP
#Muhyiddin Yassin
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan