awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar
JPJ perhebat operasi lebih muatan, periksa 1.2 juta kenderaan pada 2025
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri" - Akmal Saleh

Faida Rahim
Faida Rahim
07/01/2026
02:10 MYT
"Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri" - Akmal Saleh
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh memberi isyarat kemungkinan untuk mengundur diri sambil menegaskan bahawa beliau telah berusaha sedaya upaya dalam memperjuangkan suara akar umbi. - Gambar Facebook Akmal Saleh
KUALA LUMPUR: Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memberi isyarat kemungkinan untuk mengundur diri selepas segala usaha dan perjuangan yang dituntuk dalam perjuangan politik sudah dilaksanakannya.
Dalam masa sama, Ketua Pemuda UMNO itu menegaskan, beliau telah berusaha sedaya upaya dalam memperjuangkan suara akar umbi.
Berkongsi luahan itu dalam hantaran di media sosialnya pada Rabu, Dr Akmal berkata, beliau sudah melakukan segala yang termampu bagi memastikan pandangan dan kebimbangan ahli parti disampaikan sebaik mungkin.
“Kita dah usaha sehabis baik, kita dah sampaikan sehabis baik. Mungkin kelemahan datang dari diri saya sendiri. Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri,” katanya.
Dalam masa sama, Dr Akmal menzahirkan penghargaan kepada ahli UMNO dan penyokong yang terus menyokong perjuangan parti.
“Terima kasih atas suara-suara anda semua yang sayangkan perjuangan ini,” katanya.
Menurut beliau, perjuangan yang berlandaskan niat baik demi agama, bangsa dan tanah air akan tetap berjalan sekalipun ketiadaan beliau kelak.
“Saya percaya jika niat kita baik demi agama, bangsa dan tanah air, Insya-Allah waktunya akan sampai jua,” katanya.
Kenyataan beliau itu dkeluarkan ketika pelbagai perdebatan mengenai masa depan dan hala tuju UMNO dalam landskap politik semasa diadakan.
Semalam, Dr Akmal merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas kesediaan meneliti kerjasama politik susulan beberapa usul yang dibangkitkan pada Konvensyen Khas Pemuda tempoh hari.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, parti boleh memulakan langkah dengan meneliti bentuk kerjasama yang sesuai demi penyatuan orang Melayu, dan menyifatkan masa ini sebagai waktu yang tepat untuk memulakan usaha tersebut.
“Terima kasih Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana bersetuju dengan beberapa usul daripada Konvensyen Khas Pemuda tempoh hari.
“Pertama, kerjasama penyatuan orang Melayu dimulakan dengan dua parti terbesar orang Melayu, iaitu UMNO dan Pas. Kedua, menolak mana-mana cadangan untuk ‘tebuk atap’ kerajaan sedia ada,” jelas Ketua Pemuda UMNO itu lagi.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Muhamad Akmal Saleh
#Pemuda UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan