awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu - Mohammed Taufiq
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hantar warkah ke Istana Negara bukan wakili suara majoriti PH Melaka - Low Chee Leong

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
08/10/2021
02:54 MYT
Hantar warkah ke Istana Negara bukan wakili suara majoriti PH Melaka - Low Chee Leong
Norhizam (kiri) ketika menyampaikan warkah kepada wakil Istana Negara pada Khamis. -Pejabat ADUN Pengkalan Batu
MELAKA: Keputusan menghantar warkah ke Istana Negara bagi memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka tidak pernah dibincangkan bersama 11 bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH).
Wakil rakyat DAP, Low Chee Leong yang juga bekas ADUN Kota Laksamana berkata, tindakan bekas ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee kononnya mewakili semua ADUN PH juga tidak boleh diterima.
“Dalam pertemuan bersama 11 ADUN PH, tidak pernah dibangkitkan atau membincang isu untuk menghantar apa-apa surat kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Norhizam telah memperalatkan PH untuk diri sendiri dan beliau tidak boleh mewakili saya sebagai salah seorang ADUN PH tanpa pengetahuan dan keizinan saya.
“Saya juga tidak bersetuju proses menghantar warkah itu diwakili oleh beliau yang mana ia hanya merendahkan nama baik PH.
"Seolah-olah ada pemimpin cuba sedaya upaya untuk ‘pemutihan’ kepada Norhizam,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Semalam, bekas Ketua Pembangkang Melaka, Adly Zahari memohon Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk campur tangan dalam urusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Menerusi warkah yang disampaikan oleh Norhizam kepada wakil Istana Negara, beliau berkata, berdasarkan Perkara 8.2 (b) Perlembagaan Negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam tidak mempunyai budi bicara bagi membubarkan DUN ke-14.
Norhizam bersama bekas ADUN Telok Mas, Datuk Nor Effandi Ahmad mewakili 15 bekas ADUN Melaka, termasuk Adly, menyampaikan warkah tersebut kepada wakil Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Low Chee Leong
#hantar warkah ke istana negara
#Norhizam Hassan Baktee
#politik melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan