awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasrat Khairy bawa usul transgender ke Perhimpunan Agung UMNO dibidas

Astro Awani
Astro Awani
16/11/2014
05:37 MYT
Hasrat Khairy bawa usul transgender ke Perhimpunan Agung UMNO dibidas
ATORY: Khairy sendiri ahli politik, tetapi bertindak lebih daripada ulama, dia hendak nampak hebat dengan membawa isu sebegini. -Gambar fail
Hasrat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin untuk membawa usul transgender semasa Perhimpunan Agung UMNO akhir bulan ini dilihat sebagai langkah untuk menarik perhatian masyarakat semata-mata.
Penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, pemilihan usul sensitif itu dilihat sebagai langkah Pemuda untuk menjuarai isu semasa perhimpunan kelak.
"Dia (Khairy) hendak ambil perhatian dengan menjadikan isu agama yang sensitif sebagai antara usul Pemuda dan melihat bagaimana pendirian parti kelak.
"Khairy sendiri ahli politik, tetapi bertindak lebih daripada ulama, dia hendak nampak hebat dengan membawa isu sebegini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini
Pada Sabtu, Khairy memberitahu akan membawa isu transgender semasa Perhimpunan Agung UMNO selepas melihat kebimbangan Pemuda terhadap isu berkenaan sudah tidak dapat dibendung lagi, selain mahu masyarakat tahu pendirian parti terhadap isu berkenaan.
Mahkamah Rayuan Putrajaya sebelum ini membuat keputusan bahawa undang-undang syariah Negeri Sembilan yang menjatuhkan hukuman kepada lelaki yang berpakaian wanita di tempat awam adalah bertentangan dengan Perlembangaan Persekutuan.
Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan perkara berkenaan selepas mendengar rayuan tiga lelaki yang bekerja sebagai mak andam.
Ketiga-tiga lelaki itu memohon semakan kehakiman untuk mengisytiharkan fatwa syariah yang melarang lelaki daripada ‘memakai pakaian perempuan’ atau ‘menyamar sebagai seorang wanita’ di Negeri Sembilan sebagai tidak berperlembagaan.
Jelas Atory, isu transgender yang 'panas' akhir-akhir ini dilihat berpunca daripada krisis perlembagaan dan harus dirujuk kepada kumpulan pakar untuk difahami dan diberi kata putus.
"Adakah Khairy tidak ada isu lain untuk dibawa? Banyak lagi bidang yang kena dengannya seperti isu kejatuhan sukan negara yang boleh dibangkitkan, kaitkan dengan pemuda dan jangan tenggelamkan isu yang harus dia naikkan," ujarnya.
Dalam pada itu, penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata, UMNO perlu menjelaskan kekeliruan masyarakat terhadap isu undang-undang negara pada Perhimpunan Agung UMNO nanti.
"Paling penting isu yang dihadapi masyarakat hari ini, krisis perhubungan kaum dan kekeliruan masyarakat terhadap falsafah politik.
"UMNO perlu memberi pemahaman kepada keterbatasan falsafah politik dan itu merupakan tugas setiap biro di dalam parti," jelasnya.
Katanya, isu pluralisme dan liberalisme juga harus diberi perhatian dan penjelasan agar masyarakat tidak keliru dengan pelbagai aliran yang boleh merosakkan fikiran.
Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 25 hingga 29 November di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Topic Berkaitan
#atory
#KHAIRY
#pemuda
#politik
#PWTC
#UMNO
#zainal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan