POLITIK
Hishammuddin jumpa Tun M di Putrajaya semalam?
Adakah Hishammuddin berjumpa Tun Dr Mahathir tatkala UMNO dilanda 'gelombang'? - Gambar fail
Penasihat Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, Datuk A.Kadir Jasin menimbulkan persoalan di laman Facebook miliknya hari ini.
"Assalamualaikum Datuk Seri Hishammudin. Nak tanya, semalam pergi Putrajaya jumpa siapa?" memetik kenyataan itu.
Persoalan itu sekali gus mencetuskan lebih banyak persoalan selepas Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman umum keluar UMNO dalam tempoh 24 jam.
Astro AWANI akan mendapatkan penjelasan Hishammuddin berhubung persoalan yang dibangkitkan Kadir.
#A Kadir Jasin
#Anifah Aman
#Dr Mahathir Mohamad
#Facebook
#Hishammuddin Hussein
#Mustapa Mohamed
#Perdana Menteri
#Putrajaya
#UMNO