Selepas Tok Pa, Anifah Aman umum keluar UMNO

Selepas Tok Pa, Anifah Aman umum keluar UMNO
Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengumumkan keluar UMNO hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: SAH!

Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengumumkan keluar UMNO hari ini.

Pengumuman ini dibuat kurang 24 jam selepas Datuk Seri Mustapa Mohamed membuat keputusan keluar dari UMNO pada Selasa.
Menurut sumber ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi, Anifah yang merupakan Ahli Parlimen Kimanis itu sah keluar dari parti keramat bangsa Melayu tersebut.

Anifah turut dikhabarkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua Bahagian Kimanis dan ahli UMNO berkuatkuasa serta-merta.

Kami sedang cuba mendapatkan Anifah dalam masa terdekat ini. Beliau kini dalam pesawat untuk kembali ke Kuala Lumpur.

BACA : Tok Pa sedar Umno sudah rosak - Dr Mahathir

BACA : 
Anak didik Tok Pa terkejut dengan tindakan mentor

BACA : 
Tok Pa keluar Umno: Kita tidak selalunya betul - Ku Li

BACA : 
Tindakan Tok Pa beri motivasi tak baik - Zahida Zarik