awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hishammuddin tukar 'bio' di Facebook kepada Ahli Parlimen Sembrong

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
16/08/2021
07:22 MYT
Hishammuddin tukar 'bio' di Facebook kepada Ahli Parlimen Sembrong
Kemas kini yang dibuat kira-kira 2.30 petang itu dipercayai sekali gus mengesahkan bahawa beliau telah meletak jawatan.
KUALA LUMPUR: Di sebalik pengesahan rasmi mengenai kedudukan barisan Jemaah Kabinet, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencuri tumpuan selepas mengemas kini 'bio' di laman Facebooknya kepada 'Ahli Parlimen Sembrong'.
Hishammuddin yang memegang jawatan sebagai Menteri Kanan Keselamatan di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) turut menulis jawatan beliau sekarang adalah sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN).
Kemas kini yang dibuat kira-kira 2.30 petang itu dipercayai sekali gus mengesahkan bahawa beliau telah meletak jawatan.
Semakan Astro AWANI mendapati rata-rata warganet menzahirkan penghargaan kepada Hishammuddin, selain menyifatkan beliau sebagai antara menteri yang berkhidmat dengan baik untuk negara.
Hishammuddin sebelum ini memegang jawatan sebagai Menteri Luar Negeri sebelum dilantik mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
BACA: "Semoga Tuhan merahmati Malaysia" - Khairy sahkan anggota Kabinet serah surat letak jawatan
Terdahulu, Ahli Parlimen Rembau yang memegang jawatan sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, mengesahkan bahawa kesemua barisan Jemaah Kabinet menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Istana Negara dalam satu kenyataan terbaharu memaklumkan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin.
Al-Sultan Abdullah turut berkenan melantik Muhyiddin sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
Sumber Facebook IstanaNegaraOfficial
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Hishammuddin Hussein
#Yang di-Pertuan Agong
#Khairy Jamaluddin
#Perikatan Nasional
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan