awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Republikan AS tolak cadangan tindakan ketenteraan terhadap Greenland
Ugut tikam dan rogol rakan sekelas, pelajar 13 tahun diperintah bon berkelakuan baik
Kes Zahid Hamidi: AGC sahkan keterangan tidak mencukupi, tiada tindakan lanjut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hishammuddin yakin keputusan kes Najib akan ubah dinamik parti UMNO

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
28/07/2020
12:54 MYT
Hishammuddin yakin keputusan kes Najib akan ubah dinamik parti UMNO
HISHAMMUDDIN: Nasihat saya kepada semua, kekal bertenang dan jangan buat pendirian terburu-buru apatah lagi berlandaskan emosi. - Gambar fail/BERNAMA
Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap kepimpinan UMNO dapat membawa parti terbesar orang Melayu itu ke arah yang betul dengan meletakkan kepentingan parti, kerajaan dan negara sebagai keutamaan tertinggi.
Menteri Luar itu yakin keputusan Mahkamah Tinggi ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, akan mengubah dinamik parti tersebut.
"Nasihat saya kepada semua, kekal bertenang dan jangan buat pendirian terburu-buru apatah lagi berlandaskan emosi," katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta
Ini kenyataan saya berkenaan keputusan kes SRC hari ini. pic.twitter.com/KMVkM1gLG3
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) July 28, 2020
Anak lelaki sulung kepada bekas Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein itu dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
BACA: Najib bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International
BACA: Kes SRC: Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta
BACA: 'Wallahi, wabillahi, watallahi, saya tidak tahu wang RM42 juta itu' - Sumpah laknat Najib
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Dalam pada itu, Hishammuddin memberitahu bahawa beliau menerima keputusan mahkamah dengan perasaan yang bercampur baur.
Katanya, meskipun keputusan itu berat, namun beliau menyatakan kagum dengan ketabahan, kesabaran dan kecekalan yang ditunjukan oleh Najib ketika berdepan dengan ujian selama ini.
"Saya pasti beliau akan terus melalui proses rayuan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Hishammuddin Hussein
#Kes Najib SRC
#mahkamah
#Mahkamah Tinggi
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#SRC International
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan