awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Husni tetap melepaskan semua jawatan, termasuk Ketua Bahagian

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2016
05:45 MYT
Husni tetap melepaskan semua jawatan, termasuk Ketua Bahagian
Ahmad Husni (gambar) pada Isnin lalu telah meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan II termasuk beberapa jawatan dalam UMNO dan BN Perak. - Gambar fail
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kekal dengan keputusannya untuk melepaskan semua jawatan dalam parti, termasuk Ketua UMNO Bahagian Tambun di Perak.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah selepas mengadakan pertemuan dengan Ahmad Husni di Kuala Lumpur pada Rabu.
Aminuddin berkata, dalam pertemuan itu, Husni telah mengesahkan perletakan jawatan beliau dari parti, seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.
"Memang UMNO dan Barisan Nasional (BN) Tambun memohon agar beliau mempertimbangkan agar mengekalkan jawatan sekurang-kurangnya di peringkat bahagian tetapi beliau kekal dengan keputusan tersebut dan kami menghormati keputusan dan pendirian beliau," katanya kepada Astro AWANI melalui aplikasi Whatsapp lewat malam Rabu.
Mengenai persoalan mengapa Husni melepaskan semua jawatan dalam parti, Aminuddin berkata, Husni berpendapat, secara logiknya, setelah mengundurkan diri dan tidak lagi memegang jawatan menteri, tiada keperluan lagi bagi beliau untuk memegang sebarang jawatan parti di peringkat pusat dan negeri.
"Manakala di peringkat bahagian pula beliau merasakan inilah masa yg sesuai untuk melaksanakan pelan peralihan kepimpinan yang telah beliau rancang semenjak selepas PRU 13 lagi.
"UMNO dan BN Tambun sudah pasti akan merasai kehilangan kepimpinan beliau, namun kami tetap menghormati keputusan beliau," ujarnya.
Ahmad Husni pada Isnin lalu telah meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan II termasuk beberapa jawatan dalam UMNO dan BN Perak selepas pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Portfolio beliau dalam Kabinet kini diambil alih oleh Datuk Johari Abdul Ghani.
Topic Berkaitan
#Ahmad Husni Hanadzlah
#BN
#ketua bahagian
#Tambun
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan