SHAH ALAM: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengkritik tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesak pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), menteri dan timbalan menteri.
Menurutnya, desakan itu seharusnya tidak timbul apatah lagi rakyat berada dalam situasi sukar menghadapi kenaikan mendadak harga barang.
"Ini bukan masanya untuk menuntut jawatan TPM atau menambah lagi menteri baharu. Cukuplah jumlah yang ada sekarang dengan rekod jumlah menteri terbesar dalam sejarah Malaysia.
"Ini tidak termasuk pegawai-pegawai tinggi bertaraf menteri termasuk duta khas yang dilantik bagi memenuhi tuntutan pelbagai parti yang membentuk kerajaan campuran ketika ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Pada Sabtu, Muhyiddin berkata, telah membangkitkan perbincangan melibatkan lantikan TPM, menteri dan timbalan menteri dalam satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa hari lalu.
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi juga menegaskan, desakan itu juga tidak rasional ketika ini dalam keadaan kewangan kerajaan yang semakin menipis.
"Di kala rakyat tengah susah dan gelisah hadapi kenaikan harga barang yang mendadak naik, kantong kerajaan yang menipis, seharusnya tuntutan untuk menambah lagi jawatan menteri tidak harus timbul.
"Malah untuk menzahirkan solidariti bersama rakyat yang sedang kesempitan, elaun-elaun menteri, timbalan menteri, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Duta Khas Bertaraf Menteri wajar dipotong," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 03 2022
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengkritik tindakan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesak pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri. - Gambar fail Astro AWANI
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
'Ini bukan masanya tuntut jawatan TPM' - Asyraf Wajdi
Desakan itu tidak kena dengan masa ketika rakyat berada dalam situasi sukar menghadapi kenaikan mendadak harga barang.