awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini kemenangan rakyat Sarawak, GPS komited penuhi manifesto - Abang Jo

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
18/12/2021
13:36 MYT
Ini kemenangan rakyat Sarawak, GPS komited penuhi manifesto - Abang Jo
Kata Abang Johari, rakyat telah memberi isyarat bahawa kestabilan politik adalah penting bagi GPS meneruskan usaha pembangunan di Bumi Kenyalang itu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini sebagai kemenangan kepada rakyat Sarawak.
Dalam ucapan kemenangan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Abang Johari berkata kemenangan ini akan menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri yang sama rata dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
"Khususnya dalam meletakkan Sarawak sebagai sama rata dengan Semenanjung Malaysia, iaitu 'regional partnership' dalam Malaysia.
"Rakyat telah memberi mandat kepada kita, Sarawak diutamakan, 'Sarawak First'," katanya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Sarawak: GPS berjaya peroleh majoriti mudah - SPR
BACA: KEPUTUSAN RASMI TERKINI
Tambah beliau, rakyat telah memberi isyarat bahawa kestabilan politik adalah penting bagi GPS meneruskan usaha pembangunan di Bumi Kenyalang itu.
"Mandat ini juga adalah memberi kuasa kepada GPS untuk teruskan pembangunan ekonomi yang mampan dan dasar sosial yang mengutamakan rakyat," katanya.
Jelas beliau, kemenangan itu juga memberi isyarat kepada supaya pembangunan ekonomi dan sosial dapat diteruskan dengan cemerlang.
Beliau pada masa sama merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pasukan keselamatan, jentera dan kepimpinan GPS dan khususnya buat para pengundi.
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Abang Johari Tun Openg
#PRN Sarawak
#GPS menang kerajaan Sarawak
#Sarawak Memilih
#pilihan raya negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan