KOTA KINABALU:Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik.
Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, sudah sampai masanya untuk menyelesaikan masalah rakyat dan tidak lagi hanya berpolitik.
“Kita yakin selesai sahaja esok Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah kita akan memulakan langkah untuk memastikan masalah rakyat di bawah mendapat perhatian.
“Semua pihak diingatkan tidak lagi berpolitik dan kita memikirkan cara untuk (menyelesaikan) masalah negeri Sabah,” katanya pada sidang media pada Isnin.
Bung Moktar berkata, adalah menjadi tanggungjawab untuk kerajaan negeri yang baharu ini melaksanakan tanggungjawab dan mandat rakyat dengan baik.
“Kami telah membuat persetujuan atas dasar kesedaran dan keyakinan bahawa kerajaan baharu ini mampu untuk memulihkan semangat rakyat yang selama ini telah hilang disebabkan pemerintahan kerajaan terdahulu yang tidak prihatin,” katanya.
BACA: LAPOR LANGSUNG: GRS namakan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini sebulat suara menamakan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.
Hajiji yang juga Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman mengesahkan beliau akan mengangkat sumpah sebagai esok pada pukul 10.30 pagi.
Tegas Hajiji, kerajaan negeri baharu itu akan memastikan permasalahan rakyat dan manifesto serta Aku Janji pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan ditunaikan sebaiknya.
Assim Hassan
Mon Sep 28 2020

Bung Moktar berkata, adalah menjadi tanggungjawab untuk kerajaan negeri yang baharu ini melaksanakan tanggungjawab dan mandat rakyat dengan baik. - Foto BERNAMA

COVID-19: Top Glove | Pengajaran daripada kluster Teratai

Top Glove | Tawar 9,000 pekerjaan untuk rakyat tempatan

Bayaran BPN 2.0 akan dikreditkan dalam masa seminggu - Tengku Zafrul
BPN 2.0 yang melibatkan keseluruhan nilai RM2.38 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun penerima dalam tempoh seminggu.

PKP 2.0: RM150 juta lagi diperuntukkan untuk GKP PERMAI
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan GKP adalah sebanyak RM800 juta berbanding RM650 juta.

Majikan, pengusaha kilang perlu proaktif maklum kes COVID-19 kepada PKD
Majikan termasuk pengusaha-pengusaha kilang perlu bersikap lebih proaktif dengan memaklumkan kepada Bilik Gerakan PKD sekiranya mereka mengesan kes positif COVID-19 di premis masing-masing.

AWANI Ringkas: Sultan Perak perkenan benar solat di masjid, surau
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kajian klinikal fasa tiga vaksin COVID-19 di Malaysia bermula
Kajian klinikal fasa 3 vaksin COVID-19 dimulakan hari ini di sembilan hospital dengan melibatkan 3,000 sukarelawan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan kompetitif - MIDA
Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan yang kompetitif walaupun ketidaktentuan global, dengan sejumlah US$26.4 bilion (US$1 = RM4.04) pelaburan telah diluluskan dalam sembilan bulan pertama 2020.

Filem pendek Malaysia ungguli pertandingan antarabangsa Zee REEL
Filem pendek dari Malaysia, Kaki Bangku mengungguli pertandingan filem pendek Tamil antarabangsa Zee REEL anjuran stesen penyiaran global, ZEE Tamil Asia Pasifik.

Elak jangkitan dari luar, pelawat tidak dibenarkan masuk ke wad Hospital Miri
Para pelawat tidak dibenarkan untuk masuk ke wad di Hospital Miri berkuat kuasa serta-merta ekoran peningkatan kes jangkitan tempatan COVID-19 di bahagian itu sejak kebelakangan ini.

PdPR: Guna peruntukan tabung SKMM untuk pakej komputer, internet - Najib
Peruntukan dari tabung SKMM boleh diagihkan pada tahun ini untuk memberi dua juta komputer serta pakej internet percuma untuk setahun kepada murid-murid sekolah yang terpaksa menjalani PdPR.

Punca sebenar perpecahan dalam UMNO, ini dikatakan kisah di sebaliknya...
Terdapat usaha jelas kelompok dalam UMNO untuk memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu, dan jalin kerjasama dengan Anwar dan DAP.

Langkah "Gombak 10" reaksi terhadap kedurjanaan politik - Shahrir Samad
Tuntutan saman yang dibawa oleh 10 orang pengundi Gombak terhadap Ahli Parlimen mereka, Datuk Seri Azmin Ali dilihat sebagai tindak balas pengundi untuk menentang "kedurjanaan politik".

"UMNO kini sudah berpecah tiga" - Annuar Musa
Perpecahan UMNO kepada tiga terdiri daripada kelompok kumpulan yang tolak Bersatu, yang berada di tengah-tengah dan yang terima Bersatu.

Biar dilabel 'tali barut' Bersatu, Annuar Musa kekal pertahan UMNO
Pihak yang sengaja melemparkan tuduhan beliau tali barut Bersatu mempunyai agenda peribadi yang tersendiri, tegas Annuar Musa.

Proklamasi darurat bukan untuk Muhyiddin beraja di mata, bukan sehingga kiamat - Bekas setiausaha politik Tun M
Proklamasi darurat yang telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong itu akan berakhir juga apabila sampai masanya nanti.

UMNO harus ambil iktibar ketabahan Anwar masuk penjara - Bersatu Kepong
Pemimpin UMNO seharusnya belajar dan mengambil iktibar daripada ketabahan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bukan sahaja sanggup melalui proses perbicaraan dengan tabah, malah sedia dipenjarakan.

UMNO lemas di kolam cetek kerana hilang upaya, bukan tidak pandai berenang- Annuar
Annuar Musa senada dengan Pengerusi MPN, Profesor Ulung Shamsul Amri Baharuddin yang menyifatkan UMNO sebagai sebuah sebuah parti yang lemas di kolam yang cetek.

UMNO lemas dalam kolam yang cetek - Shamsul Amri
Shamsul berkata, MKT UMNO kini tidak berfungsi dengan baik, hingga mengakibatkan parti itu dikuasai pihak-pihak yang berkepentingan peribadi.

Tindakan BN tarik balik sokongan pada PN ibarat gali kubur sendiri - Penganalisis
Mujibu berkata, perkara itu tidak boleh dilihat di peringkat Persekutuan, malah perlu dinilai secara menyeluruh termasuk di peringkat negeri.