Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli, sekali lagi dilihat bertemu untuk makan tengah hari bersama.

Menerusi sebuah foto yang dimuat naik di Instagram Story pada Selasa, Khairy memuatnaik foto mereka bertiga dengan kapsyen, “That’s how filters work @rafiziramli.” (Beginilah cara ‘filter’ berfungsi, Rafizi).

Gambar tersebut dipercayai diambil di restoran Alexis, di Bangsar Shopping Centre.

Bekas ketua Pemuda UMNO itu merujuk kepada posting Rafizi di Twitter sebelum ini yang memuatnaik gambar tiga sahabat itu tanpa disunting.

Rafizi, Nurul Izzah dan Khairy. - Foto Instagram/@khairykj

Rafizi pada minggu lalu mendedahkan, beliau, Khairy dan Nurul Izzah memang kadang-kala ada berjumpa untuk makan tengah hari bersama.

Dalam sebuah foto yang dimuat naik menerusi laman Twitter miliknya pada 11 Disember, bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, meskipun mereka daripada parti politik yang berbeza, mereka memiliki aspirasi yang sama.

BACA: 'Sekali sekala, kami jumpa untuk makan tengah hari bersama'

Nurul Izzah pada Isnin lalu telah mengejutkan ramai pihak dengan pengumumannya meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR serta melepaskan jawatan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan kepada media, Nurul Izzah menegaskan beliau bagaimanapun akan mengekalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang

BACA: Nurul Izzah letak jawatan Naib Presiden PKR

BACA: Rafizi harap pertimbang keputusan, Khairy pasti Nurul Izzah akan kembali

Tindakan itu mendapat respon segera dari Rafizi yang berharap agar Nurul Izzah mempertimbangkan keputusannya, manakala Khairy pula yakin puteri reformasi itu akan kembali.